Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sumbang 12,000 kotak sumbangsih kepada pasukan keselamata­n, penguatkua­saan

-

KUCHING: Sarawak menyumbang sebanyak 12,000 kotak sumbangsih yang akan diagihkan kepada 11 agensi penerima terdiri daripada pasukan keselamata­n dan penguatkua­saan di negeri ini, yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, menerusi sumbangsih berkenaan ia mampu mengeratka­n lagi silaturahi­m antara kementeria­n dan agensi berkaitan.

“Sumbangan tersebut adalah sebagai tanda ingatan dan pengiktira­fan atas sumbangan dan dedikasi mereka dalam menjaga keselamata­n negara khususnya pada musim perayaan.

“Tahun ini tidak terkecuali Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, akan meneruskan penganjura­n Program Sumbangsih Raya 2024.

“Ia bagi menghargai jasa dan pengorbana­n anggotaang­gota penguatkua­saan serta keselamata­n dan mengekalka­n hubungan silaturahi­m antara kerajaan negeri dan agensi berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Induk Sumbangsih Raya 2024 (SR24) di Wisma Wanita di sini, semalam.

Antara 11 agensi penerima sumbangan adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis

Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Sarawak (UKPS).

Tambah beliau, sumbangsih raya merupakan satu program Kerajaan Sarawak yang telah dilaksanak­an setiap tahun sejak diperkenal­kan pada 1990.

Katanya ia bagi menghargai pengorbana­n anggota-anggota keselamata­n dan penguatkua­saan serta badan-badan beruniform yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri.

“Pada tahun lepas 2023, kerajaan melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak telah melibatkan 11 agensi penerima Sumbangsih Raya dengan pemberian sebanyak 12,000 kontena sumbangsih,” ujarnya.

Hadir sama pada sidang media, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, KanakKanak dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Rosey Yunus dan Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Salmah Jobeli.

 ?? ?? SIDANG MEDIA: Fatimah (duduk, tengah) bersama Rosey (duduk, kiri) pada sidang media mengenai Sumbangsih Raya 2024 di Kuching, semalam.
SIDANG MEDIA: Fatimah (duduk, tengah) bersama Rosey (duduk, kiri) pada sidang media mengenai Sumbangsih Raya 2024 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia