Utusan Borneo (Sarawak)

Lantikan kontraktor gagal laksana kerja tender pembuangan sampah ditarik balik 24 jam

-

KUCHING: Lantikan kontraktor yang didapati gagal melaksanak­an kerja-kerja tender pembuangan sampah di kawasan Annah dan Tibia akan ditarik balik dalam tempoh 24 jam.

Amarankera­situdiinga­tkan oleh Timbalan Menteri Pengangkut­an Sarawak (Udara dan Jalan) Datuk Dr Jerip Susil ketika ditemui pemberita semalam.

“Saya perlu memberi amaran kepada mereka (kontraktor) kerana saya tidak mahu mereka mengambil mudah kerja mereka.

“Di mana akhirnya mereka tidak mengutip sampah tetapi pembayaran telah dilakukan. Kita tidak mahu perkara itu berlaku.

“Jika itu berlaku, kami akan membatalka­n kontrak serta-merta,” katanya ketika ditemui pada Majlis Serah Terima Kontrak Pembuangan Sampah Kawasan Annah/ Tibia, Daerah Kecil Padawan di sini, semalam.

Perkara ini diusahakan pihaknya ekoran permasalah­an trak Trienekens yang sukar melalui jalan berliku, curam dan berbahaya di kawasan tersebut.

Justeru, 11 kampung berkenaan akan diberikan dua tong sampah dan pihak Trienekens telah menyediaka­n 66 unit tong sampah bermuatan 11 kilogram semuanya.

Ia adalah untuk Kampung Sadir, Kampung Sibuang, Kampung Simuti, Kampung Sibakar, Kampung Assum, Kampung Sapit, Kampung Parang, Kampung Kiding, Kampung Kakas, Kampung Kamas dan Kampung Nusaraya.

Sebelum ini, kesemua kampung berkenaan menjalanka­n usaha pelupusan sisa sampah sendiri yang katanya kurang sesuai untuk alam sekitar serta tidak teratur.

Selepas ini, setiap kampung berkenaan akan menjalanka­n kerja gotong-royong yang diketuai oleh ketua kaum masing-masingbagi­membersihk­an sampah berkenaan untuk dikumpul di dalam beg plastik.

Kemudianny­a, kontraktor akan mengumpul sisa berkenaan dan memasukkan­nya ke dalam tong sampah untuk dibawa ke pusat pengumpula­n utama yang terletak di Kampung Annah Rais dan Kampung Abang.

Seamalam seramai 13 kontraktor telah mendapat surat lantikan masing-masing dengan jumlah kos perbelanja­an sebanyak RM132,480 bagi sepanjang tahun 2024.

Setiap kontraktor akan menjalanka­n kerja pembuangan sampah sebanyak dua kali dalam seminggu dan pembayaran dilaksanak­an menerusi geran projek kecil luar bandar (MRP) yang disalurkan ke Pejabat Daerah Kecil Padawan.

Hadir sama adalah Ketua Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Padawan Julius Scott Sapong, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Padawan Paul Mathieus Akin dan Pemanca Bidayuh Raymond Jihap.

 ?? ?? RASMI: Dr Jerip (tengah) membuang sampah sebagai simbolik perasmian Majlis Serah Terima Kontrak Pembuangan Sampah Kawasan Annah/Tibia, Daerah Kecil Padawan, semalam. Turut kelihatan Julius (lima kanan).
RASMI: Dr Jerip (tengah) membuang sampah sebagai simbolik perasmian Majlis Serah Terima Kontrak Pembuangan Sampah Kawasan Annah/Tibia, Daerah Kecil Padawan, semalam. Turut kelihatan Julius (lima kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia