Utusan Borneo (Sarawak)

KKM giatkan usaha membaik pulih hospital

Kementeria­n bekal, baik pulih sistem pendingin hawa di 18 hospital seluruh negara

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) membekalka­n dan membaik pulih sistem pendingin hawa di 18 hospital seluruh negara.

TimbalanMe­nteriKesih­atan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, Hospital Sibu adalah salah satu daripada hospital tersebut dan projek ini adalah projek berpusat KKM.

“Ini adalah projek utama dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk dilaksanak­an bermula pada tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas melawat Hospital Sibu sempena lawatan kerjanya ke sini, semalam.

Lukanisman berkata, KKM juga akan menaik taraf 39 klinik kesihatand­iseluruhne­geripada tahun ini.

Ujarnya, Sarawak telah diperuntuk­kan RM19 juta untuk

Ini adalah projek utama dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk dilaksanak­an bermula pada tahun 2024.

Dato Lukanisman Awang Sauni Timbalan Menteri Kesihatan

membaik pulih klinik kesihatan di bawah program Bitara Madani.

Katanya, purata anggaran kos bagi membaik pulih sebuah klinik kesihatan ialah sebanyak RM300,000 hingga

RM900,000.

“Semalam (Isnin) kita sudah melihat ruang baharu Klinik Kesihatan di Nanga Ngungun yang telah dinaik taraf.

“Pada tahun lepas, hampir 36 klinik sudah dinaik taraf dan proses ini akan berterusan di bawah Kerajaan Malaysia Madani,” ujarnya.

Menyentuh tindakan membuka siling di beberapa wad di Hospital Sibu, Lukanisman memberitah­u masalah itu disebabkan pemeluwapa­n.

Jelasnya, penyelesai­an secara sementara telah dilakukan di salah satu wad yang terjejas, selain kerja-kerja menaik taraf bagi menyelesai­kan masalah di wad-wad terlibat.

“Pengarah sudah pun mengemukak­an cadangan permohonan yang berjumlah lebih kurang RM2 juta.

“Kami mengambil perhatian mengenai isu ini dan pada masa yang sama kami juga cuba mendapatka­n dana,” tambahnya.

Bercakap lanjut, Lukanisman memberitah­u bahawa Hospital Sibu telah membuka pusat dialisis yang menelan kos RM1 juta.

Katanya, pembukaan pusat dialisis tersebut membolehka­n pesakit-pesakit dari kawasan Selangau mendapatka­n perkhidmat­an dialisis walaupun agak jauh.

Hadir sama mengiringi lawatan beliau ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang, Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakuma­r Thirunavuk­karasu dan Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun.

 ?? ?? JADI TARIKAN: Orang ramai mengambil kesempatan berswafoto dengan Tengku Hassanal ketika mengadakan lawatan ke Pejabat PETROS.
JADI TARIKAN: Orang ramai mengambil kesempatan berswafoto dengan Tengku Hassanal ketika mengadakan lawatan ke Pejabat PETROS.
 ?? ?? FAHAM: Lukanisman mendengar penerangan daripada Dr Nanthakuma­r (lima kanan) pada lawatannya ke Hospital Sibu semalam.
FAHAM: Lukanisman mendengar penerangan daripada Dr Nanthakuma­r (lima kanan) pada lawatannya ke Hospital Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia