Utusan Borneo (Sarawak)

KKM akan tambah baik, naik taraf enam klinik kesihatan desa di Kapit

-

SIBU: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah baik dan menaik taraf enam klinik kesihatan desa di bahagian Kapit tahun ini, kata Dato Lukanisman Awang Sauni.

Semasa lawatan kerja ke Hospital Kapit dan Klinik Kesihatan Kapit kelmarin, Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata, klinik kesihatan yang akan dinaik taraf adalah di Nanga Ibau, Nanga Tekalit, Katibas; Lusong Laku, Belaga; Nanga Bena; Nanga Merirai dan Nanga Bangkit, Katibas.

Lukanisman berkata kementeria­n telah menerima permintaan daripada Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi serta Timbalan Menteri Digital dan Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong.

“Mereka komited untuk melihat Hospital Kapit dipertingk­atkan lagi bagi meningkatk­an penjagaan kesihatan.

“Kami di KKM berada di peringkat awal kajian dan analisis tentang keperluan Hospital Kapit.

“Kami sedang dalam proses mengkaji apakah pilihan kami untuk Hospital Kapit – untuk membinaban­gunanbahar­uuntuk menempatka­n kemudahan dipekarang­anhospital­sediaada atau di tapak baharu.

“Ini kami akan bekerjasam­a rapat dengan Pejabat Residen Kapit (Pembanguna­n Fizikal) dan Pejabat Daerah Kapit sekiranya kami perlu membina hospital baharu di tapak baharu,” katanya kepada media kelmarin.

Mengenai pusat hemodialis­is, Lukanisman berkata pusat di kedua-dua Hospital Kapit dan Klinik Kesihatan

Song tidak mencukupi untuk menampung keperluan pesakit buah pinggang.

Beliau menegaskan tiada ruang untuk meletakkan lebih banyak mesin dialisis sama ada di hospital atau Klinik Kesihatan Song.

“Saya akan bawa perkara ini kepadakeme­nterianunt­ukpertimba­ngan keperluan pesakit.

“Sekarang, titik (point) pusat hemodialis­is penuh. “Kami tidak mempunyai ruang untuk menempatka­n mesin baharu. Kami perlu merancang kemudahan baharu di Hospital

Kapit,” ujarnya.

Beliau menyeru penyedia penjagaan kesihatan swasta untuk datang dan melabur di Sarawak, terutama di kawasan luar bandar seperti Kapit.

Lukanisman berkata pelanconga­n penjagaan kesihatan sedang berkembang pesat di Kuching, Johor Bahru, Melaka dan Pulau Pinang.

“Kami mempunyai potensi besar dan pelanggan kami dari Indonesia terus bertanya adakah kami mempunyai kemudahan kesihatan.

“Kami(KKM)masihterli­bat dalam perbincang­an di peringkatK­KMuntukmen­gawalselia pelesenan.

“Selain penyedia penjagaan kesihatan swasta, di bawah MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) untuk menaik taraf Hospital Sibu dan Miri kepada hospital serantau kedua dan ketiga. Hospital-hospital ini akan dinaik taraf di bawah MA63,” tambahnya.

Antara yang hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang Anak Negeri dan Adat Istiadat) Datuk Jefferson Jamit Unyat dan Pengarah Hospital Kapit Dr Francis Lee Ngee Ping.

 ?? ?? TURUN PADANG: Aidel bersama Fazzrudin ketika meninjau tapak projek naik taraf Jalan Matang Baru Fasa Dua semalam.
TURUN PADANG: Aidel bersama Fazzrudin ketika meninjau tapak projek naik taraf Jalan Matang Baru Fasa Dua semalam.
 ?? ?? TURUN PADANG: Lukanisman ketika mengadakan lawatan kerja ke Hospital Kapit kelmarin.
TURUN PADANG: Lukanisman ketika mengadakan lawatan kerja ke Hospital Kapit kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia