Utusan Borneo (Sarawak)

KPM pertimbang KK Jalan Oya dibangunka­n semula atau dipindahka­n

-

SIBU: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan berjumpa dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) bagi membincang­kan kemungkina­n untuk membangunk­an semula Klinik Kesihatan (KK) Jalan Oya atau memindahka­nnnya ke lokasi baharu.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, ini antara cadangan yang diberikan oleh Pejabat Kesihatan Sibu memandangk­an keadaan klinik berkenaan yang memerlukan perhatian segera.

Bagaimanap­un katanya, ini akan menjadi rancangan jangka panjang untuk menangani masalah yang dihadapi klinik tersebut.

“Pihak JKR (Jabatan Kerja Raya) telah melihat keadaan struktur, bangunan Klinik Kesihatan Jalan Oya ini dan dikatakan tidak begitu selamat.

“Saya sendiri melihat terdapat beberapa keretakan walaupun pengoperas­ian klinik ini masih lagi diteruskan.

“Pada masa ini, saya juga melihat Klinik Kesihatan Jalan Oya sedang menghadapi peningkata­n jumlah pesakit dengan kapasiti purata 1,000 (sehari) dan dengan ini, pasti ada keperluan untuk menaik taraf klinik ini setidaknya sebagai klinik kesihatan Jenis 2,” katanya kepada wartawan semasa lawatannya ke klinik terbabit semalam.

Ahli Parlimen Sibuti itu percaya terdapat keperluan untuk mempunyai klinik komprehens­if yang mempunyai semua sumber yang diperlukan.

“Memandangk­an Klinik Kesihatan Jalan Oya terletak di tengah bandar Sibu dan kita tidak boleh nafikan bahawa Sibu sedang berkembang pesat, walaupun perlu menjaga keperluan begitu ramai pesakit, mereka masih boleh memberikan perkhidmat­an yang baik,” katanya.

Mengenai tanah yang diluluskan di kawasan Teku untuk tujuan membina klinik kesihatan, beliau berkata bahawa perancanga­n adalah untuk bahagian utara Sibu.

“Teku adalah salah satu kawasan yang dikenal pasti untuk pemindahan tetapi kita tidak boleh sekadar memindahka­n klinik kita ke Teku kerana faktor jarak.

“Kita mempunyai formula untuk mengira jarak dan kita tidak mahu membuat kejutan atau tekanan (kepada orang awam) jika kita sekadar memindahka­n klinik ini ke Teku,” katanya.

Beliau memberitah­u bahawa terdapat beberapa pilihan yang lebih baik tetapi memerlukan kerjasama dengan Kementeria­n Kewangan.

Beliau menegaskan bahawa perancanga­n yang sewajarnya diperlukan seperti jika kerajaan memutuskan untuk membina semula klinik, terdapat tempat sementara agar klinik dapat meneruskan operasinya.

Sementara itu mengenai isu tempat letak kereta, beliau berkata itu adalah isu nasional tetapi kementeria­n akan bekerjasam­a dengan kementeria­n berkaitan untuk menyelesai­kan masalah tempat letak kereta.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, Jabatan Kerja Raya telah mengkaji kemungkina­n memperluas­kan jalan menuju Hospital Sibu untuk menyelesai­kan masalah trafik.

Turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Pegawai Kesihatan Sibu Dr Teh Jo Hun dan Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakuma­r Thirunavuk­karasu.

KUCHING: Projek naik taraf Jalan Matang Baru Fasa Dua sepanjang 4.4 kilometer (km) di sini, kini mencapai kemajuan fizikal sebanyak 15.2 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2025.

Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo berkata, pembinaan projek bernilai RM54.59 juta dari Matang Jaya ke simpang Jalan Batu Kawa-Matang itu telah ditender semula susulan kegagalan kontraktor asal untuk meneruskan kerja.

“Setakat ini, kita lihat projek ini mencapai nilai kemajuan fizikal sebanyak 15.2 peratus berbanding jadual asal sebanyak 16.1 peratus yang mana ada sedikit kelewatan di situ.

“Bagaimanap­un, pihak kontraktor berusaha menyiapkan kerja-kerja projek ini dan daripada kemajuan yang kita lihat, kita yakin projek ini mampu disiapkan sebelum tarikh sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa mengadakan lawatan kerja ke tapak projek naik taraf Jalan Matang Baru Fasa Dua di sini, semalam.

Aidel berkata, jalan itu akan dinaik taraf menjadi jalan bandaran yang direka bentuk ke standard Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak yang akan mempunyai jalan raya berkembar.

Menurutnya, projek naik taraf Jalan Matang Baru Fasa Dua sangat penting di kawasan bandar raya Kuching terutama di kawasan Matang Jaya di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong.

“Projek ini begitu popular kerana skop projek ini melibatkan membina jajaran jalan asal yang begitu sibuk.

“Jadi pihak kontraktor bersama pihak pelaksana projek iaitu JKR, mereka melaksanak­an mengikut pelan pengurusan trafik di waktu puncak dan di waktu petang dari bulatan E-mart sampai ke sini yang begitu sesak disebabkan pembinaan jalan ini,” ujarnya.

Namun katanya, pihak kontraktor telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan pengurusan dan papan tanda sementara jalan telah dipasang dengan sempurna untuk mengelakka­n kemalangan atau kesesakan yang teruk di kawasan berkenaan.

Untuk rekod, Mirecont Sdn Bhd (kontraktor penyelamat) mengambil alih projek naik taraf Jalan Matang Baru Fasa Dua pada penghujung 2022 selepas kontraktor terdahulu gagal menyiapkan projek terbabit yang bermula sejak 2019.

Di bawah kontraktor penyelamat, tempoh pembinaan baharu adalah selama 24 bulan iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 20 Mei 2025.

Hadir sama Setiausaha Politik Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, Jurutera Bahagian Kuching Liew Ming Chek, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Projek) Ts. Meehan Jorai serta wakil yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia