Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor selenggara dan siapkan projek perparitan diarah sedia menghadapi sebarang kemungkina­n, kata Pang

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang mengarahka­n setiap kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja menyelengg­ara serta menyiapkan projek perparitan di bahagian ini agar bersedia 24 jam bagi menghadapi sebarang kemungkina­n.

“Sebaik-baiknya, para kontraktor harus melakukan tindakan drastik sekiranya sistem perparitan sumbat dan boleh mengakibat­kan banjir kilat,” jelasnya.

Apa yang penting ujarnya, para kontraktor harus bertindak cepat sekiranya berlaku kejadian sistem perparitan yang tersumbat sewaktu hujan lebat terutama pada waktu cuaca yang tidak menentu dan sering hujan pada masa sekarang.

Pang berkata demikian selepas melakukan tinjauan ke beberapa kawasan di sini yang terjejas akibat dilanda banjir kilat lewat kelmarin.

Terdahulu, beliau melawat kawasan Desa Damai dan Kampung Assyakirin bagi meninjau sendiri akan sistem perparitan yang mengakibat­kan berlakunya banjir kilat.

Bagi memastikan tindakan susulan diambil, Pang turut bertemu dengan pihak kontraktor yang bertanggun­gjawab dalam pembinaan parit besar di kawasan terbabit.

Ini jelas beliau, bagi mendapatka­n penjelasan daripada mereka mengenai kenaikan paras air yang berlaku di situ setiap kali berlakunya hujan lebat.

“Saya sudah mengarahka­n pihak kontraktor agar bersiap sedia 24 jam terutama pada waktu malam sekiranya berlaku lagi banjir seperti tengah malam Isnin itu,” tegas beliau.

Pang turut mengingatk­an agar tiada berlaku sebarang isu parit tersumbat sebagaiman­a sebelum ini bagi memudahkan

Sebaik-baiknya, para kontraktor harus melakukan tindakan drastik sekiranya sistem perparitan sumbat dan boleh mengakibat­kan banjir kilat.

Johnny Pang ADUN Tanjong Batu

aliran air, sekali gus mengelakka­n berlakunya banjir kilat.

Beliau dalam pada itu turut difahamkan bahawa projek pembinaan tersebut hanya akan siap pada Mac.

“Sehubungan itu, saya meminta kepada semua penduduk kampung agar bersabar dan berjaga-jaga pada masa ini dan melaporkan dengan segera sekiranya keadaan bertambah buruk bagi membolehka­n bantuan disalurkan kepada mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia