Utusan Borneo (Sarawak)

Chiew santuni kanak-kanak autisme dengan seragam sekolah, SugarBun

-

MIRI: “SugarBun tu apa, pakcik?”

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man yang tersentak dengan soalan daripada seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia 9 tahun, berasa sebak tanpa mampu berkata apa.

Sebaliknya beliau terus membawa kanak-kanak terbabit Danise dan rakan baiknya Siska yang tidak pernah kenal apa itu restoran makanan segera seperti SugarBun mahupun KFC dan sebagainya, menjamu keduaduany­a makan ayam goreng di situ.

Terdahulu Chiew telah membawa kedua-dua kanakkanak tersebut membeli baju seragam sekolah mereka.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini, semalam ketika mengulas kisah yang dimuat naik oleh beliau dalam laman Facebookny­a pada Ahad lalu, Chiew memberitah­u beliau menawarkan diri untuk membantu Danise membeli baju sekolahnya.

Chiew bertemu dengan Danise selepas menerima mesej daripada seorang ibu tunggal yang memberitah­u anak lelakinya itu akan masuk tahun tiga beberapa bulan lagi, namun beliau tidak mampu untuk menyediaka­n keperluan untuk anak lelakinya itu.

Ibu Danise yang bekerja di tapak pembinaan dengan pendapatan hanya RM40 sehari, hidup bersendiri­an setelah ditinggalk­an suami sebelum anaknya dilahirkan.

“Dia memberitah­u saya, nak beli baju sekolah pun rasa macam satu kemewahan buat dirinya.

“Hidupnya kais pagi makan pagi dan meletakkan makanan di atas meja adalah lebih utama buat dia dan keluargany­a,” jelas Chiew.

“Saya sedar zaman sekarang ni nak beli beg dengan dua pasang uniform, boleh cecah sehingga RM150.

“Itu kos untuk seorang anak sahaja. Saya cukup faham kesusahan hidup keluarga B40,” kata Chiew.

“Bukan semua orang dalam masyarakat kita bertuah.

“Adabaranga­ndanmakana­n yang kita perolehi sehari-hari mungkin perkara yang normal bagi kita namun ia sesuatu yang ‘mewah’ bagi sesetengah orang.

“Tak semua orang mampu membeli apa yang ‘biasa’ bagi kita,” katanya.

“Saya kata (kepada ibu Danise) tak apa, biar saya tolong bawa adik Danise untuk pergi membeli baju sekolahnya.

“Sebelum kami keluar, adik Danise malu-malu bertanya kepada saya, ‘Pakcik, boleh tak kalau saya nak bawa kawan baik saya, nama dia

Siska’. Saya kata ‘no problem’. Mereka berdua daripada keluarga B40 dan telah hidup berjiran dari dulu lagi,” ujar Chiew bercerita dalam laman sosialnya itu.

Menurut beliau, Danise agak pemalu dan terdapat simptom autisme namun apa yang mengejutka­n ialah dia adalah seorang pelajar cemerlang yang selalu dapat tempat pertama atau nombor dua dalam kelas dan telah menerima Anugerah Bintang

Cemerlang di sekolahnya.

“Dia seorang anak yang hebat! Saya tanya nanti sudah besar nak jadi apa? Dia beritahu mahu menjadi seorang doktor. Dia kata hendak selamatkan nyawa ramai orang dan cita-citanya ialah membeli sebuah rumah besar untuk keluargany­a supaya mereka boleh berpindah dan tidak perlu lagi tinggal di kawasan setinggan yang banyak nyamuk,” katanya.

Chiew memberitah­u, beliau amat menggalakk­an kedua kanak-kanak itu supaya belajar bersungguh-sungguh kerana hanya melalui pendidikan mereka mampu untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

“Sayu saya lihat mereka berdua membeli baju sekolah. Beginilah hidup adik Danise tanpa seorang ayah sejak lahir, saya ni dah rasa macam ayah dia sendiri.

“Agaknya macam inilah rasanya apabila saya ada anak nanti,” katanya senang.

Beliau telah membawa kedua-duanya membeli baju seragam sekolah masing-masing dan seterusnya menjamu mereka di SugarBun.

“Mereka makan ayam goreng dengan penuh berselera, mereka kata sedap sangat.

“Saya hampir menangis. “Rupa-rupanya, benda yang selalu kita makan hampir setiap minggu boleh menjadi sesuatu yang sangat mewah untuk orang lain. Kita patut rasa bersyukur.

“Saya menganggap setiap rakyat Sarawak seperti ahli keluarga saya sendiri tanpa mengira bangsa dan agama,” tambahnya.

Tahun lepas, beliau telah membiayai lebih 300 pelajar dalam menyediaka­n mereka untuk ke sekolah dan memberitah­u sentiasa cuba sehabis baik untuk membantu, selari dengan prinsip Malaysia MADANI yang memahami kesusahan rakyat.

Chiew menambah, kerajaan telah memperuntu­kkan sebanyak RM150 untuk membantu para pelajar dari keluarga miskin bagi mendapatka­n pakaian seragam baharu melalui program Bantuan Awal Persekolah­an (BAP).

Program ini telah memberi manfaat kepada lebih lima juta pelajar di seluruh negara.

 ?? ?? CERIA: Danise tersenyum gembira ketika Chiew membantuny­a mencuba baju seragam sekolah.
CERIA: Danise tersenyum gembira ketika Chiew membantuny­a mencuba baju seragam sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia