Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa banjir kilat mengeluh kerap kerugian besar

Kejadian banjir kilat yang berlaku petang Ahad lepas membuatkan keluarga Surinah trauma dan tidak lena tidur

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: “Sampai bila kami perlu berdepan kerosakan barang dan peralatan elektrik setiap kali banjir kilat berlaku, kami sudah tak tahan,” keluh Surinah Awang Masri, salah seorang mangsa banjir kilat di Taman Damai B.

Katanya, kejadian banjir kilat yang berlaku petang Ahad lepas membuatkan mereka sekeluarga trauma dan tidak lena tidur.

“Kami memang trauma dan tidak tidur lena, apatah lagi apabila cuaca hujan dan kami pun tidak tahu di mana puncanya.

“Kami hanya mengharapk­an agar kerajaan dapat menyelesai­kan masalah kami, sampai bila kami perlu berdepan masalah barangan dan peralatan elektrik yang kerap rosak dan musnah begitu saja,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Surinah berkata lagi,

Sampai bila kami perlu berdepan kerosakan barang dan peralatan elektrik setiap kali banjir kilat berlaku, kami sudah tak tahan.

Surinah Awang Masri Mangsa banjir

banjir kilat yang berlaku menyebabka­n mereka sekeluarga trauma dan tidak lena tidur di kawasan perumahan yang didiami sejak lebih 10 tahun yang disediakan kerajaan selepas rumah mereka di Kampung Bukit Kota yang merupakan penempatan asal dilanda tanah runtuh.

Mengulas lanjut kejadian banjir kilat petang Ahad lepas yang disifatkan terburuk sejak lima tahun lalu katanya, mereka berehat di ruang tamu setelah penat membuat kerepek dalam kejadian jam 4 petang.

“Ketika kejadian kami sekeluarga sedang berehat di ruang tamu sebaik keletihan membuat kerepek di belakang rumah.

“Tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi air deras masuk ke dalam rumah dari bahagian depan, air mengalir laju menyebabka­n kami tidak sempat menyelamat­kan barangan yang berada di dalam rumah,” katanya.

Air setinggi tiga kaki itu menenggela­mkan bahagian dapur, ruang tamu dan bilik tidur mereka.

Jelas beliau, mereka tidak menyangka air masuk melalui ruang tamu memandangk­an kejadian banjir sebelum ini air memasuki bahagian dapur rumah.

Kata Surinah lagi, buku teks, baju sekolah, tilam serta barangan elektrik antara yang musnah dalam kejadian itu.

Katanya, selain rumahnya enam lagi rumah penduduk turut terjejas tapi tidak seburuk yang dihadapi 10 ahli keluargany­a.

Jelasnya, kediamanny­a kerap berdepan masalah banjir kilat jika hujan lebat berlaku ditambah lagi pertembung­an air pasang.

Beliau turut berharap kerajaan melalui agensi yang berkaitan dapat menyelesai­kan segera masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan perumahan itu.

 ?? ?? TRAUMA: Surinah (kanan) ketika menceritak­an detik cemas banjir kilat Ahad lepas.
TRAUMA: Surinah (kanan) ketika menceritak­an detik cemas banjir kilat Ahad lepas.
 ?? ?? AGAK DALAM: Kediaman Surinah dan keluarga yang dinaiki air.
AGAK DALAM: Kediaman Surinah dan keluarga yang dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia