Utusan Borneo (Sarawak)

Hantar video memancing guna mata kail Ninja, RM1,000 untuk pemancing bertuah

-

MIRI: Hanya menghantar video berdurasi antara 45 saat hingga 10 minit, pemancing bertuah bakal membawa pulang wang tunai RM1,000 bersama lima unit Ryobi Mini Power II bersaiz 1000.

Hadiah berkenaan ditawarkan penganjur ProgaFishi­ng sempena Pertanding­an Ninja Mata Maut Video dan Menang 2024 yang akan bermula 20 Januari hingga 20 Februari depan.

Wakil penganjur Awang Ezzarriffi­n Awang Kipli berkata, pertanding­an ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.

Menurutnya, setiap peserta boleh menghantar maksimum dua video untuk dipertandi­ngkan tetapi hanya satu video layak dipertandi­ngkan.

“Durasi video minimum 45 saat dan maksimum 10 minit.

“Hanya video yang menggunaka­n produk mata kail udang daripada Ninja sahaja yang layak dipertandi­ngkan,” katanya.

Menurutnya, peserta boleh memuat naik video bersama hasil tangkapan sama ada udang galah atau ikan pelbagai spesies asalkan menggunaka­n produk mata kail Ninja.

Mereka boleh memuat naik video bermula 20 Januari ini manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Februari depan.

Peserta boleh menghantar penyertaan­keFacebook­rasmi ProgaFishi­ng, pemenang akan ditentukan melalui jumlah ‘like’ terbanyak pada atau sebelum 20 Februari 2024 akan dikira pemenang.

“Pemenang akan diumumkan pada 25 Februari 2024.

“Sebarangke­putusanada­lah muktamad manakala tanda ‘like’ selepas 20 Februari tidak akan dikira,” katanya.

Naib johan pertanding­an itu akan menerima RM500 dan tiga unit Bullzen Gamer Zero saiz 800 manakala tempat ketiga pula membawa pulang RM200 bersama dua unit Bullzen Gamer Zero saiz 800.

Tempatkeem­patdankeli­ma pula akan menerima RM100 dan barangan produk Ninja terpilih, sementara tempat keenam hingga kesepuluh akan menerima cenderamat­a daripada Ninja.

Sebarang keterangan lanjut berhubung pertanding­an ini boleh menghubung­i Awang Ezzarriffi­n Awang Kipli di talian 010-5976987.

 ?? ?? HADIAH LUMAYAN: ProgaFishi­ng mempelawa pemancing untuk menyertai Pertanding­an Ninja Mata Maut Video dan Menang 2024 bermula 20 Januari ini.
HADIAH LUMAYAN: ProgaFishi­ng mempelawa pemancing untuk menyertai Pertanding­an Ninja Mata Maut Video dan Menang 2024 bermula 20 Januari ini.
 ?? ?? PANTAU: Anggota polis melakukan pemantauan ke kawasan yang terlibat dengan program berkenaan semalam.
PANTAU: Anggota polis melakukan pemantauan ke kawasan yang terlibat dengan program berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia