Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki penagih dan pengedar dadah ditangkap

-

SIBU: Polis Sibu menahan seorang lelaki yang disyaki penagih dan pengedar dadah tegar serta merampas pelbagai jenis dadah yang bernilai RM4,344.10 dalam satu serbuan di Jalan Pasai Siong Hilir di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, bertindak daripada maklumat dan risikan yang dijalankan, pihak polis menyerbu sebuah rumah kedai di lokasi kejadian pada jam 2.30 petang.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas suspek berusia 31 tahun terbabit, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah merampas dua peket plastik warna ungu yang disyaki serbuk ekstasi seberat 55.77 gram (g), 20 peket plastik lutsinar kecil yang berisi hablur putih disyaki ketamin seberat 20.50g dan 10 biji pil berwarna biru disyaki pil ekstasi dengan berat kasar 3.50g.

“Keseluruha­n rampasan dadah seberat 79.77g,” jelasnya.

Menurut Zulkipli, ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis Methamphet­amine/Benzodiaze­pines (Meth/Benzo).

“Suspek ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah B Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) akta yang sama dan akan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Januari bagi membantu siasatan,” dedahnya.

Katanya, suspek akan berdepan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B ADB 1952

“Untuk kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali dan pengawasan selama dua tahun di bawah Seksyen 38B ADB l952,” tambahnya.

 ?? ?? BARANG KES: Antara pelbagai dadah yang dirampas daripada suspek.
BARANG KES: Antara pelbagai dadah yang dirampas daripada suspek.
 ?? ?? DITANGKAP: Suspek direman selama tujuh hari bagi mambantu siasatan polis.
DITANGKAP: Suspek direman selama tujuh hari bagi mambantu siasatan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia