Utusan Borneo (Sarawak)

Suri rumah, operator syarikat swasta jadi mangsa penipuan babitkan kerugian RM8,300

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Dua individu masing-masing seorang suri rumah dan operator syarikat swasta menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud membabitka­n jumlah keseluruha­n kerugian RM8,300.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Daerah Miri telah menerima dua laporan pada 13 Januari lalu.

Dalam kes pertama katanya, mangsa ialah seorang suri rumah berumur 40-an yang ditawarkan pelaburan K.A.F Investment (saham) secara dalam talian melalui aplikasi Facebook.

“Mangsa telah dijanjikan keuntungan dalam masa yang singkat dan telah membuat bayaran sehingga berjumlah RM2,800 ke akaun pihak ketiga dengan dua kali transaksi melalui mesin deposit tunai.

“Mangsa menyedari telah tertipu apabila suspek meminta mangsa membuat pembayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan media kelmarin.

Dalam kes kedua kata Alexson, mangsa adalah lelaki tempatan yang bekerja sebagai operator syarikat swasta berumur 30-an.

Mangsa tegasnya, telah ditawarkan pelaburan TFS Price Action Trading (saham) secara dalam talian melalui aplikasi Telegram yang menjanjika­n keuntungan dalam masa yang singkat.

Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu kemudian telah membuat bayaran sehingga berjumlah RM5,500 ke akaun pihak ketiga dengan cara dua kali transaksi secara dalam talian.

“Sama seperti kes suri rumah tadi, mangsa menyedari telah tertipu apabila suspek meminta supaya bayaran tambahan dibuat,” jelasnya.

Susulan dua kes penipuan itu, tegasnya siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat, juga denda jika disabitkan kesalahan.

“Masyarakat dinasihatk­an agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercaya­i tawaran iklan-iklan pelaburan yang menjanjika­n keuntungan tinggi dalam tempoh masa singkat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar membuat semakan status pelaburan kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) melalui laman web

Mangsa telah dijanjikan keuntungan dalam masa yang singkat dan telah membuat bayaran sehingga berjumlah RM2,800 ke akaun pihak ketiga dengan dua kali transaksi melalui mesin deposit tunai.

ACP Alexson Naga Chabu Ketua Polis Daerah Miri

dan kepada pihak Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SSM) melalui capaian laman web

“Perkara ini penting untuk mengetahui maklumat tentang pelaburan terlibat sama ada terdapat kebenaran untuk menjalanka­n perniagaan pelaburan atau mengutip wang daripada orang ramai.

“Orang awam boleh menghubung­i National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan siber (pinjaman tidak wujud, ‘love scam’, e-dagang, ‘phone scam’ dan sebagainya) atau sekiranya baru sahaja membuat transaksi pindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e-dompet suspek,” tambahnya.

 ?? ?? ALEXSON
ALEXSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia