Utusan Borneo (Sarawak)

Kepimpinan polis mesti tidak terlibat jenayah

Ahsmon bersungguh-sungguh pastikan barisan kepimpinan­nya tidak terlibat jenayah, patuhi tatatertib dengan teliti

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah menegaskan beliau akan bersungguh­sungguh memastikan barisan kepimpinan­nya tidakterli­batdalamke­giatan jenayah dan mematuhi tatatertib dengan teliti.

Beliau berkata, penglibata­n para pegawai dan anggota dalam kegiatan sedemikian akan melumpuhka­n objektif sebenar penubuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau di Kuching khususnya, objektif sebenar PDRM adalah untuk memberikan perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat di daerah tersebut.

“Jadi jika kita tidak mempunyai satu tahap disiplin dan tatakelola yang baik bahkan tiada integriti sempurna, ia akan merosakkan kita.

“Selain itu, ia juga akan menghancur­kan fokus kita untuk melaksanak­an tugas sebagai seorang polis yang betul-betul diharapkan oleh undang-undang dan diimpikan oleh masyarakat,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selesai menyempurn­akan Majlis Ikrar Bebas Dadah, Rasuah dan Akta Rahsia Rasmi Peringkat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching di Dewan

Mes Pegawai Kanan Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak semalam.

Menurut Ahsmon, pelbagai perkara dan masalah yang timbul termasuk elemenelem­en salah guna kuasa membabitka­n pegawai lainlain pangkat dan pegawai awam di Kuching merupakan indikator menunjukka­n betapa seriusnya perkara ini.

“Saya selaku KPD Kuching menegaskan di sini - ‘no way’. Kita kena hentikan perkaraper­kara ini,” tegasnya.

Mengulas mengenai Majlis Ikrar Bebas Dadah, Rasuah dan Akta Rahsia Rasmi Peringkat IPD Kuching semalam Ahsmon berkata, pihaknya telah menghimpun­kan 130 pegawai kanan yang merupakan ketuaketua di setiap bahagian, ketua-ketua polis balai dan penyelia-penyelia kanan di setiap unit dan cawangan.

Jelas beliau, majlis ber-kenaan merupakan kesinambun­gan program pihaknya untuk memantapka­n disiplin, integriti dan tatakelola para pegawai, anggota dan warga PDRM Kuching.

“Perkara paling penting adalah kita melafazkan ikrar bebas rasuah yang julung kali dibuat melibatkan IPD Kuching, pegawai-pegawai, ketua-ketua bahagian, ketuaketua polis balai dan penyeliape­nyelia kanan.

“Kita bukan hanya sekadar menandatan­gani dokumen komitmen ikrar bebas rasuah dan akhirnya memasukkan ia ke dalam fail.

“Tapi hari ini kita membacakan dan melafazkan ikrar itu dengan disaksikan oleh kepimpinan tertinggi Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sarawak sekali gus menunjukka­n bahawa kita tegas dan serius dalam hal ini berikutan kita menyedari bahawa pelbagai isu yang (timbul) melibatkan pasukan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ahsmon juga mengakui cabaran dihadapi pasukannya pada tahun 2023 dan mendedahka­n bahawa sejumlah 25 pegawai lain-lain pangkat dan pegawai awam di daerah Kuching telah menjalani siasatan, dengan seorang digantung tugas serta tiga lain dipecat daripada perkhidmat­an kerana penglibata­n mereka dalam pelbagai aktiviti jenayah.

Seramai 133 lagi katanya, terbabit dalam salah laku kecil atau disiplin dalaman.

Hadir sama pada sidang media, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­den Merbin Lisa dan Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Kuching ASP Jouti Abing.

Jadi jika kita tidak mempunyai satu tahap disiplin dan tatakelola yang baik bahkan tiada integriti sempurna, ia akan merosakkan kita.

ACP Ahsmon Bajah Ketua Polis Daerah Kuching

 ?? ?? TEGAS: Ahsmon (tengah) bersama Merbin (kiri) dan Jouti.
TEGAS: Ahsmon (tengah) bersama Merbin (kiri) dan Jouti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia