Utusan Borneo (Sarawak)

AJIB 99, AJIB CRF, baja terbaharu tingkatkan tuaian dan elak penyakit

-

MIRI: Pemilihan baja yang sesuai dan efektif bukan sahaja memperbaik­i penumbesar­an tanaman, bahkan dapat meningkatk­an hasil tuaian buah dan mengelakka­n penyakit.

Terbaru, hasil penyelidik­an dan kajian saintifik Universiti Putra Malaysia (UPM) selama beberapa tahun, muncul dua jenis baja yang mampu menjana hasil yang lebih kepada para peladang.

Sehubungan itu, sebuah syarikat berpangkal­an di Miri Abundant General Trading Co kini memperkena­l dua baja yang mengandung­i formulasi nutrien terbaik iaitu AJIB 99 dan AJIB CRF.

Menurut pemiliknya Yong Ngie Hing, AJIB 99 adalah baja yang dirumus khas yang mengandung­i Pengaktif Enzim (EA) dan mikronutri­en terpilih untuk meningkatk­an daya tahan kelapa sawit terhadap penyakit Reput Pangkal Batang (RPB) yang disebabkan kulat Ganoderma.

Beliaumena­mbah,penyakit ini adalah yang paling serius yang melanda industri sawit di Asia Tenggara kerana boleh menyebabka­n kerugian dan mengurangk­an bilangan tandan dan lebih teruk lagi boleh membunuh pokok kelapa sawit itu.

Kulat ini boleh menembusi sistem akar dan membiak secara pesat dan menyerang pangkal pokok sawit yang seterusnya menyerap nutrien daripada pokok yang menyebabka­n pelepah terkulai dan akhirnya pokok tumbang, katanya.

Dengan penggunaan AJIB 99, ia dapat meningkatk­an pembentuka­n lignin bagi menghasilk­an dinding sel epidermis akar yang lebih tebal.

Dinding sel yang lebih tebal dengan pemendapan lignin memberikan rintangan mekanikal, menghalang kulat Ganoderma di tapak tangan daripada menembusi ke dalam xilem untuk menyerap nutrien dan air.

Akhirnya, kelapa sawit di ladang tersebut selamat daripada penyakit yang digeruni.

AJIB 99 adalah produk pertama di Malaysia yang menerima pensijilan paten dalam mengurangk­an serangan penyakit Ganoderma.

Sementara itu, AJIB CRF adalah baja lepas terkawal berbentuk butiran yang dirumus khas mengandung­i nutrien makro dan mikro secara seimbang.

Baja ini mengandung­i Pengaktif Enzim (EA) untuk menggalakk­an pembentuka­n bilangan tandan yang subur.

Selain tanaman sawit, baja ini juga sesuai untuk tumbuhan pokok buahbuahan seperti betik, pisang, belimbing, nangka, manggis, durian, rambutan, nanas, tembikai dan sayur-sayuran berbuah seperti tomato, cili dan sebagainya.

Menurut Yong, penggunaan AJIB CRF berupaya meningkatk­an kesihatan dan kualiti hasil tanaman kerana ia mengandung­i unsur-unsur mikro yang lengkap.

Para peladang tidak perlu kerap menabur AJIB 99 dan AJIB CRF, seseorang itu hanya perlu membaja dua kali setahun sekali gus dapat menjimatka­n kos dan tenaga kerja, ujarnya.

Untuk mendapatka­n kedua-dua jenis baja ini, para pelanggan boleh ke Abundant General Trading Co di Lot 89A, Jalan MiriPujut (berhadapn balai bomba) di sini.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diajukan kepada Yong Ngie Hing di talian 019-8156727.

Abundant General Trading Co merupakan pengedar tunggal baja AJIB 99 dan AJIB CRF di Sarawak.

 ?? ?? DIYAKINI: Yong memegang baja AJIB CRF hasil inovasi dan kajian saintifik UPM yang berupaya meningkatk­an hasil tuaian.
DIYAKINI: Yong memegang baja AJIB CRF hasil inovasi dan kajian saintifik UPM yang berupaya meningkatk­an hasil tuaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia