Utusan Borneo (Sarawak)

Regata Bot Naga Antarabang­sa Sarawak pada paket angpau Tahun Baharu Cina

-

KUCHING: Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) akan mempamerka­n Regata Bot Naga Antarabang­sa Sarawak (SIDBR) yang ikonik untuk reka bentuk paket angpau Tahun Baharu Cina 2024 tahun ini.

Menurut kenyataan STB semalam, tahun naga menjadi simbol kekuatan, kuasa dan nasib baik dalam mitologi Cina.

“Reka bentuk angpau ketujuh STB diinspiras­ikan oleh SIDBR yang menampilka­n elemen unik kepada Sarawak.

“Kami berharap untuk mencipta reka bentuk angpau Sarawak yang baharu setiap tahun untuk menjadikan­nya koleksi sambil mempromosi­kan biodiversi­ti dan warisan Sarawak yang tidak ternilai kepada dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Datu Salleh Askor.

Paket angpau 2024 itu terhad dan koleksi tersedia di pusat maklumat pelawat STB di Kuching, Sibu dan Miri mulai 16 Januari 2024 dan seterusnya sementara stok masih ada.

SIDBR merupakan acara yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa yang menyaksika­n pasukan pengayuh tempatan dan asing bersaing dalam pelbagai kategori bagi memenangi hadiah wang tunai dan trofi berprestij di sini.

Kelolaanny­a akan diadakan pada penghujung Oktober setiap tahun untuk kategori lelaki, perempuan dan kru campuran.

Semasa SIDBR 2023, buat julung kalinya acara itu mengalu-alukan dua pasukan pekayuh yang terdiri daripada ahli kurang upaya fizikal.

Sebanyak 60 pasukan dari 20 negara mengambil bahagian dalam SIDBR pada Oktober 2023.

Antara negara yang mengambil bahagian ialah Australia, China, Hong Kong, Indonesia, Ireland, Jepun, Kazakhstan, Qatar, Sepanyol, Brunei, Singapura dan Malaysia.

 ?? ?? BEKERJASAM­A: Lau (dua kiri) bersama yang lain merakam kenangan semasa kempen kebersihan di Tanjung Ensurai, Ahad lepas.
BEKERJASAM­A: Lau (dua kiri) bersama yang lain merakam kenangan semasa kempen kebersihan di Tanjung Ensurai, Ahad lepas.
 ?? ?? PROMOSI: Kakitangan STB bergambar dengan angpau istimewa edisi ketujuh Tahun Baharu Cina 2024 STB.
PROMOSI: Kakitangan STB bergambar dengan angpau istimewa edisi ketujuh Tahun Baharu Cina 2024 STB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia