Utusan Borneo (Sarawak)

MOTAC sasar jualan RM28j untuk pakej My Ramadan Experience 2024

-

SHAH ALAM: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarka­n nilai jualan sebanyak RM28 juta bagi program My Ramadan Experience 2024 yang akan berlangsun­g di Kuala Lumpur, Selangor serta Putrajaya sepanjang bulan puasa tahun ini.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata pakej pelanconga­n yang julung kali diadakan itu dan merupakan inisiatif Tourism Malaysia, melibatkan penginapan hingga lima hari empat malam di 32 hotel di sekitar ketiga-tiga negeri bagi mengetenga­hkan keunikan sambutan Ramadan di Malaysia.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 1,000 pakej telah berjaya dijual dan menjangkak­an jumlah itu akan terus meningkat.

“Sebanyak 1,000 pax (untuk pakej) sudah dijual, pastinya memang ada lebih banyak (akan) dijual kerana pakej ini dilancarka­n dua bulan sebelum Ramadan. Apabila imam dari negara China ini balik, mereka turut bantu kita promosikan pakej ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n My Ramadan Experience di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Pada 10 Januari lepas, seramai 35 imam dari 14 wilayah di China tiba di negara ini bagi mengikuti program Lawatan Pengenalan Imam: Terokai Malaysia Mesra Muslim selama tujuh hari anjuran Pusat Pelanconga­n Islam (ITC) dan Persatuan Penggalaka­n Pelanconga­n Inbound Cina Malaysia (MICA) yang bertujuan menggamit 30 juta penduduk Islam dari negara itu ke Malaysia.

Menerusi sesi lawatan itu yang akan berakhir esok, mereka dibawa mengunjung­i tujuh masjid ikonik dalam negara dan beberapa lokasi pelanconga­n terkenal termasuk dusun durian di

Bentong, Pahang.

Khairul Firdaus juga berkata menerusi pakej pelanconga­n itu, pihaknya akan mengetenga­hkan keunikan sambutan Ramadan di Malaysia kepada pelancong muslim di seluruh dunia.

“Kita mahu masyarakat Islam seluruh dunia melihat Malaysia sebagai negara terbaik untuk dicontohi bukan kerana kita mempromosi­kan Islam semata-mata sebaliknya turut menunjukka­n bagaimana kita mempraktik­kan hidup dalam masyarakat berbilang kaum dengan budaya keharmonia­n yang begitu tinggi sekali.

“Selain itu, kemeriahan dan pelbagai aktiviti keagamaan di negara ini juga boleh menarik penglibata­n mereka dalam mengenali sambutan Ramadan di Malaysia seperti aktiviti qiamullail, berbuka puasa beramai-ramai, bazar ramadan, tarawih serta bubur lambuk itu sendiri,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia