Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat harus sedar inisiatif serta celik digital dan kecerdasan buatan: PM

-

SERDANG: Kerajaan serius dalam melaksanak­an transforma­si digital negara dan ingin memastikan rakyat menyedari sepenuhnya inisiatif berhubung perkara itu sekali gus menjadi celik digital serta celik kecerdasan buatan (AI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini adalah pengenalan kepada apa itu teknologi digital serta AI dan kita perlu mewajibkan pelajar dan penjawat awam menyertain­ya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri

“Kita tidak ada pilihan selain memastikan rakyat menyedari sepenuhnya apa yang saya sebut sebagai celik digital dan celik AI,” katanya kepada media selepas melancarka­n program AI Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.

AI Untuk Rakyat adalah program pembelajar­an kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatk­an pemahaman dan kesedaran orang ramai terhadap AI.

Susulan peluncuran program itu, Anwar menyasarka­n sejuta pengguna menjelang akhir tahun ini.

Dilaporkan bahawa sektor digital Malaysia memberikan sumbangan yang signifikan iaitu 23.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar manakala impak ekonomi digital dijangka terus meningkat dan diunjurkan menyumbang sebanyak 25.5 peratus kepada ekonomi negara pada 2025 serta mewujudkan hingga 500,000 peluang pekerjaan.

Turut hadir Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Anwar juga berkata program AI Untuk Rakyat sewajarnya dimulakan secepat mungkin dalam kalangan penjawat awam dan pelajar.

“Ini adalah pengenalan kepada apa itu teknologi digital serta AI dan kita perlu mewajibkan pelajar dan penjawat awam menyertain­ya,” kata beliau.

Program itu menyaksika­n kerajaan menjalin kerjasama dengan pengeluar cip semikonduk­tor Intel dan pengguna boleh mendaftar di portal www.ai.gov.my

Perdana Menteri berkata bagi institusi pendidikan tinggi, Naib Canselor perlu memastikan semua pelajar mengikuti program kefahaman asas AI selama empat jam di portal itu.

Beliau turut meminta Ketua-Ketua Pengarah dan Naib Canselor mengemukak­an laporan berhubung kecelikan AI kepada kementeria­n serta institusi masing-masing dalam tempoh sebulan.

“Apa yang dilakukan oleh AI untuk rakyat ini merentas kementeria­n, merentas jabatan. Oleh yang demikian, saya merasakan satu kerugian besar jika kita tidak memanfaat dan mewajibkan semua pelajar dan pensyarah untuk menguasai kefahaman asas ini,” katanya.

Anwar juga berkata beliau sendiri akan menyertai program itu malam tadi.

“Malam ini (semalam), Rafizi akan periksa sama ada saya sudah buka atau tidak program ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KE ARAH DUNIA DIGITAL: Anwar (kiri) melawat ruang pameran selepas merasmikan Majlis Pelancaran AI Untuk Rakyat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama KE ARAH DUNIA DIGITAL: Anwar (kiri) melawat ruang pameran selepas merasmikan Majlis Pelancaran AI Untuk Rakyat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia