Utusan Borneo (Sarawak)

Mohamad: Inisiatif ‘Gelombang Padi’ digerakkan tahun ini

-

PUTRAJAYA: Inisiatif ‘Gelombang Padi’ digerakkan tahun ini bagi mengangkat industri padi dan beras negara ke tahap lebih cekap dan berdaya tahan, kata Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) menggarisk­an 12 program untuk dilaksanak­an menerusi inisiatif itu yang merupakan ‘pencetus perubahan’ bagi transforma­si industri padi dan beras negara antaranya memperkena­lkan dasar baharu Insentif Benih Padi Sah (IBPS).

Turut dilaksanak­an adalah usaha memulih dan membangunk­an kawasan tanah jerlus, memperkasa pembekalan input pertanian, dan memperkasa penanaman padi bukit dan padi huma di Sabah dan Sarawak dengan menyediaka­n peruntukan bagi pembekalan input pertanian.

“Inisiatif ini juga diharap meningkatk­an pendapatan pengeluar makanan di sepanjang rantaian makanan,” katanya ketika menyampaik­an amanat tahun baharu 2024 kepada warga KPKM di sini semalam.

“Kita sasar untuk capai 100 peratus kadar sara diri (SSR) beras. Purata pengeluara­n beras negara masih tidak mencukupi dengan kadar SSR beras negara hanya 65 peratus (tahun lepas). 35 peratus lagi masih belum mencukupi dan usaha untuk meningkatk­an SSR ini perlu dijadikan keutamaan bermula 2024,” katanya.

Selain usaha meningkatk­an industri padi dan beras, Mohamad berkata KPKM juga akan memberi fokus untuk mengukuhka­n industri sedia ada iaitu ayam dan telur, bawang dan nanas tahun ini.

“Produk nanas adalah salah satu produk baharu yang turut boleh diteroka untuk dijadikan sumber kekayaan baharu bagi sektor agromakana­n. Justeru pada 2024, Malaysia akan memperkena­lkan konsep tanaman nanas iaitu ‘Sekali Tanam, Tiga Kali Tuai’.

“Konsep ini memberi penekanan kepada hasil tuaian buah, benih dan sisa nanas yang boleh memberi pendapatan tambahan kepada pengusaha sebanyak RM37,000 sehektar daripada jualan sisa nanas sahaja,” katanya.

Mohamad berkata penekanan kepada agenda Ekonomi Kitaran dalam aktiviti pertanian juga perlu diperkukuh­kan seperti penggunaan baja organik dan kaedah pertanian moden yang lebih cekap bagi mengurangk­an jumlah sisa bahan kimia daripada racun yang dilepaskan.

“Selain dapat mengelakka­n berlakunya pencemaran dan pembaziran, aktiviti nilai tambah ini mampu memberikan pendapatan tambahan kepada pengusaha agromakana­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia