Utusan Borneo (Sarawak)

KPWKM rancang bekerjasam­a dengan Gardenia KL, perkasa program Bengkel Daya

-

SHAH ALAM: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berhasrat untuk bekerjasam­a dengan Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd (Gardenia KL) bagi memperkasa­kan program Bengkel Daya.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata program di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu akan menjadi inisiatif kerjasama berpotensi untuk peningkata­n kemahiran dan perkongsia­n pengetahua­n teknologi, khususnya dalam seni pembuatan roti dan pastri.

“Langkah ini akan membantu pelatih Bengkel Daya dalam meningkatk­an kualiti produk mereka. Selain itu, ia juga mencipta peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan muda daripada institusi JKM kerana mereka sukar mendapatka­n pekerjaan.

“Ia juga sejajar dengan usaha tanggungja­wab sosial korporat (CSR) berterusan Gardenia melalui program Gardenia Cares dan kerjasama ini akan menumpukan kepada sasaran demografi kementeria­n, menangani keperluan khusus mereka dengan lebih berkesan,” katanya ketika berucap pada pelancaran semula program lawatan kilang Gardenia Bakeries KL di sini semalam.

Bengkel Daya ialah bengkel perlindung­an di bawah JKM khusus untuk OKU yang tidak berjaya mendapatka­n pekerjaan di pasaran terbuka, yang menyediaka­n peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk pembuatan roti dan pastri bagi memberikan mereka sumber pendapatan.

Pada masa ini, terdapat dua Bengkel Daya yang diuruskan oleh JKM masingmasi­ng di Klang, Selangor dan Sungai Petani, Kedah.

Nancy berkata kementeria­nnya sentiasa menghargai dan menerima perkongsia­n serta sokongan daripada organisasi swasta seperti peranan berharga Gardenia KL sebagai rakan dalam membantu mangsa bencana alam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia KL Koh Chin Huat berkata syarikat itu sangat aktif dalam program jangkauan komuniti menerusi Gardenia Cares dan bekerjasam­a dengan JKM dalam membantu mangsa bencana seperti banjir, sepanjang tahun.

“Bermula akhir 2023 hingga sekarang, kami telah menyumbang lebih 300,000 unit produk bernilai kirakira RM420,000. Gardenia KL ingin memastikan bahawa kami akan terus menyokong dan menyumbang kepada tujuan ini,” katanya.

Sementara itu, Koh berkata program Lawatan Kilang Gardenia dilancarka­n semula semalam selepas ditangguhk­an sementara hampir empat tahun sejak Mac 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dan turut terjejas akibat banjir pada Disember 2021. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Nancy (kiri) ketika membuat lawatan ke kilang Gardenia pada Majlis Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd Re-Launches Factory Tour di Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Nancy (kiri) ketika membuat lawatan ke kilang Gardenia pada Majlis Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd Re-Launches Factory Tour di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia