Utusan Borneo (Sarawak)

Bandar purba Nara, Jepun kaya dengan tapak Warisan Dunia

- Oleh Christine Lim

IBU negara purba Jepun, Nara, yang nama asal Yamato, menyimpan begitu banyak khazanah kebudayaan serta kerohanian masyarakat setempat, sesuai untuk mereka yang mahu menyelami sejarahnya.

Tempat kelahiran kebudayaan serta peradaban Jepun ini juga mempunyai tujuh buah kuil yang besar tersergam, dan ini disebut dalam ‘The Tale of Genji’, salah satu novel kesusaster­aan awal dunia.

Ia ditulis pada abad ke11 oleh Murasaki Shikibu, seorang dang perwara di istana Heian.

Disenarai sebagai tapak Warisan Dunia, kuil dan tempat keramat atau shrine di Nara juga terkenal sebagai kediaman rusa yang dibiar hidup berkeliara­n bebas.

Kegemilang­an Nara yang menyimpan rahsia sejarah 1,300 tahun ini sering digambarka­n sebagai ‘bungabunga­an berkembang harum’ seperti yang diungkapka­n dalam syair purba Manyoshu.

“Tempat keramat serta kuil dibina dengan banyak untuk memberi kemudahan bagi mereka yang mahu bersembahy­ang atau berdoa bagi kesejahter­aan berterusan negara ini dan orang ramai,” pengarah urusan Biro Pelawat Nara Yasuhiro Nakanishi memberitah­u Bernama.

Penulis dibawa melawat Nara pada bulan Februari tahun lepas, sebagai sebahagian daripada program yang diatur Pertubuhan Perdaganga­n Luar Jepun (JETRO) untuk memperkena­lkankebuda­yaan serta keunikan makanan Nara.

Dari Kyoto dan Osaka, perjalanan dengan tren ke Nara biasanya mengambil masa kira-kira sejam.

Bagaimanap­un, penulis ke sana dengan menaiki kereta yang diaturkan oleh JETRO dan perjalanan memakan masa selama 50 minit.

MAKANAN MENJADI KEBUDAYAAN

Menurut Nakanishi, kebudayaan­makananber­mula sebagai persembaha­n kepada dewata dan makanan serta sake terbaik dihidangka­n dalam majlis agama di tempat keramat atau shrine berkenaan dan ianya kemudian dijamu kepada mereka yang datang untuk berdoa.

“Tradisiini­sebagaided­ikasi pemujaan dalam upacara keagamaan Shintoisme dan kemudian dalam agama Buddha yang tersebar ke Jepun dari India dan China dan ianya terus menjadi amalan dalam kehidupan orang Jepun.

“Bentuk kerohanian ini masih dikekalkan di Nara di kuil Kofukuji yang juga dikenali sebagai ‘The Temple of Happiness’,” katanya menambah, kuil itu adalah antara yang tertua di Jepun dan paling berkuasa serta disenaraik­an sebagai tapak Warisan Dunia.

Beliau berkata, satu lagi tapak Warisan Dunia ialah kuil Horyu-ji, juga dikenali sebagai ‘Flourishin­g Temple’ di Ikaruga, iaitu binaan kayu tertua di dunia, dibina pada kuruh ke-7, dengan berkembang­nya agama

Buddha di Jepun.

“Pagoda di kuil Horyu-ji dibina semula pada tahun 680, dan masih tersergam megah sehingga ke hari ini,” katanya.

Di samping itu, kuil Todaiji, kuil terbesar di negara matahari terbit ini sewaktu era Nara adalah sebuah daripada Tujuh Kuil Terkemuka dan satu lagi simbol ikonik pengaruh agama Buddha di Jepun.

Menurut Nakanishi, kuil berkenaan adalah ‘rumah’ kepada salah satu patung tembaga Buddha terbesar dunia, dengan tapak tangan bagi tangan kanannya sahaja berukuran 2.56 meter, iaitu jauh lebih besar berbanding saiz badan manusia biasa.

“Dipercayai semua yang ada di Jepun bermula di Nara, termasuk agama Shinto.

“Malahan jika pun sejarah Nara sebagai ibu negara Jepun hanya untuk tempoh yang singkat, sebelum dipindahka­n ke Heian-kyo, kini dikenali sebagai Kyoto, Nara masih mengekalka­n pemujaan kerohanian di kuil dan di tempat keramat,” tambahnya.

MERAI LEGASI RUSA DI NARA

Di Jepun, alam semula jadi seperti gunung-ganang, sungai dan hutan amat dihormati dan perasaan hormat ini juga diamalkan di kuil dan di tempat keramat.

“Di Nara sewaktu zaman purba, kuil Buddha dan Shinto shrine yang wujud bersama mempunyai lebih kuasa berbanding wilayah lain yang mana samurai, daimyo dan shogun memegang kuasa,” katanya.

Seperti di Kasuga-Taisha shrine, Shinto shrine di GunungMika­sayangdian­ggap suci, terletak di bahagian timur Taman Nara, rusa adalah simbol kepercayaa­n orang bahawa haiwan itu adalah utusan tuhan di tempat keramat berkenaan dan amat disayangi.

“Maka rusa di Nara, kekal hidup dengan harmoni walaupun sudah 1,300 tahun, sewaktuKas­uga-Taishashri­ne dibina. Terdapat lebih 1,000 ekor rusa di Taman Nara dan wujud sejarah simbiosis antara manusia dan rusa,” kata Nakanishi.

Dari Kasuga-Taisha atau tempat keramat rusa, penulis dibawa mengunjung­i kuil Shoryakuji yang terletak di gunung Bodaisen di Nara.

Di kuil ini, yang dibina lebih daripada 1,000 tahun lalu, pengunjung boleh beranganan­gan, seolah-olah berada di tapak penggambar­an filem epik “Lord of the Rings” dengan kuil ini dikeliling­i alam semula jadi, anak sungai serta bunyi hembusan angin di celah-celah pokok.

Shoryakuji, kuil Buddha mazhab Bodaisen Shingon adalah tempat kelahiran sake terkemuka Jepun, lebih daripada 600 tahun lalu.

Ketua Paderi Koshin Ohara berkata, akar budaya Jepun dipelihara di kuil berkenaan dengan pembinaan semula bangunan kuil selepas berlaku kebakaran sewaktu perang saudara antara Heike atau puak samurai dan keluarga bangsawan Genji pada abad ke-12.

“Kuil yang berkuasa seperti kuil Todaiji dan Kofukuji yang dibina semula, terbakar sewaktu perang itu dan kuil Shoryakuji juga tidak terkecuali,” katanya.

Kuil Shoryakuji terletak di tempat yang paling unik di gunung yang terpencil itu dengan tiada kedengaran langsung bunyi bising kecuali bunyi alat musik tradisiona­l yang dimainkan artisan bagi menampilka­n kemahiran mereka.

Ohara berkata, ia juga tempat kemahiran membuat sake tradisiona­l iaitu bahagian penting dalam budaya Jepun dan ianya dikembangk­an di kuil berkenaan.

“Meskipun pembuatan sake Jepun berasal dari China, daripada paderi yang ke China untuk mengkaji agama Buddha sewaktu zaman purba dulu, rasanya disesuaika­n dengan stail Jepun.

“Sake dan teh begitu sebati dalam budaya Jepun dan orang ramai akan berkumpul untuk meminumnya di samping berbual-bual antara satu sama lain,” katanya.

ASAL USUL KEBUDAYAAN MAKANAN JEPUN

Dalam lawatan ke Nara, penulis juga berpeluang berkunjung ke bandar Sakurai, di wilayah Tenggara Nara.

Terdapat sebuah menara setinggi 30 meter iaitu Menara Torii, terletak di kaki gunung Miwa yang dianggap suci. Ia adalah gerbang ke alam rohani, dikenali sebagai antara tempat keramat tertua di Jepun.

Di bandar Sakurai, penulis turut dibawa melawat Ikeri Co. Ltd, syarikat pengeluar mi somen.

Koji Ikeda, pengurus jabatan perancanga­n Ikeri Co. Ltd. berkongsi sejarah mi somen Nara iaitu mi halus berwarna putih seakan salji

Menurut beliau, ia ada kaitan dengan Ohmiwa shrine apabila ia diperkenal­kan oleh seorang paderi yang menghidang­kan mi itu sebagai makanan ruji untuk penduduk Jepun yang dilanda kebuluran kira-kira 1,300 tahun lalu.

“Iklim di Sakurai sesuai untuk membuat somen. Kilang mi somen Ikeda mengekalka­n teknik menarik mi somen dengan tangan sejak 170 tahun lalu dan mi ini dijual di banyak negara termasuk Malaysia,” katanya.

Satu lagi hidangan Istimewa Nara ialah kakigori atau pemanis mulut diperbuat daripada ais cukur.

Ia dipercaya berasal dari zaman Heian (tahun 794 hingga 1,185).

Ketul ais dihidangka­n dengan campuran sirap manis dan dipersemba­hkan kepada Maharaja.

Kedai kakigori popular Nara ialah Housekibac­o dan menurut pemiliknya, Keiko Okada, pencuci mulut itu berasaskan budaya makanan purba Nara dari Himuro shrine.

“Pada Himuro Shirayuki Matsuri atau pesta tahunan kakigori di Himuro shrine, begitu ramai yang gemar dengan pencuci mulut ini.

“Campuran sirap untuk kakigori diperbuat daripada strawberi, pisang kaki dan perisa lain yang dituang di atas ais cukur. Pencuci mulut ini tidak lama lagi pasti mendapat di hati rakyat Malaysia,” katanya, menambah, beliau lebih suka memperkena­lkan kakigori yang memenuhi selera rakyat Malaysia dengan menggunaka­n bahan tempatan.

Memandangk­an kunjungan penulis ke Nara adalah pada musim sejuk, terdapat satu acara di Nara Park, yang begitu mencuit hati. Taman menjadi indah dengan hiasan lampu berwara biru terang serta patung rusa yang berkilau dengan lampu berwarna oren.

Pelawat yang berkunjung ke taman itu seolah-olah berada dalam dunia yang dipanggilK­oridorKeba­hagian NaraRurie.

Lampu biru dikenali sebagai ‘rurie’ atau batu permata lapis lazuli, yang amat dihargai masyarakat purba Jepun.

Benarlah seperti yang digambarka­n ramai pujangga Haiku purba, kecantikan serta tarikan Nara berterusan bak bunga-bunga berkembang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nara, boleh layari https://yamatoji.narakankou.or.jp/ — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERLINDUNG: Terdapat lebih 1,000 ekor rusa di Taman Nara, kekal hidup dengan harmoni walaupun sudah 1,300 tahun, sewaktu Kasuga-Taisha shrine dibina.
BERSEJARAH: Suzakumon (pintu phoenix vermillion dalam bahasa Jepun) pintu utama Istana Heijo, bekas istana empayar purba Nara ketika Nara adalah ibu kota pertama Jepun dari tahun 710 hingga 794.
— Gambar Bernama TERLINDUNG: Terdapat lebih 1,000 ekor rusa di Taman Nara, kekal hidup dengan harmoni walaupun sudah 1,300 tahun, sewaktu Kasuga-Taisha shrine dibina. BERSEJARAH: Suzakumon (pintu phoenix vermillion dalam bahasa Jepun) pintu utama Istana Heijo, bekas istana empayar purba Nara ketika Nara adalah ibu kota pertama Jepun dari tahun 710 hingga 794.
 ?? — Gambar Bernama ?? KEINDAHAN ALAM: Anak sungai yang terdapat di kuil Shoryakuji yang terletak di gunung Bodaisen di Nara. Di kuil ini, yang dibina lebih daripada 1,000 tahun lalu, pengunjung boleh berangan-angan, seolah-olah berada di tapak penggambar­an filem epik‘Lord of the Rings’dengan kuil ini dikeliling­i alam semula jadi, anak sungai serta bunyi hembusan angin di celah-celah pokok.
— Gambar Bernama KEINDAHAN ALAM: Anak sungai yang terdapat di kuil Shoryakuji yang terletak di gunung Bodaisen di Nara. Di kuil ini, yang dibina lebih daripada 1,000 tahun lalu, pengunjung boleh berangan-angan, seolah-olah berada di tapak penggambar­an filem epik‘Lord of the Rings’dengan kuil ini dikeliling­i alam semula jadi, anak sungai serta bunyi hembusan angin di celah-celah pokok.
 ?? — Gambar Bernama ?? TARIKAN PELANCONG: Taman menjadi indah dengan hiasan lampu berwarna biru terang serta patung rusa yang berkilau dengan lampu berwarna oren dalam satu acara di Nara Park, pada Februari setiap tahun.
— Gambar Bernama TARIKAN PELANCONG: Taman menjadi indah dengan hiasan lampu berwarna biru terang serta patung rusa yang berkilau dengan lampu berwarna oren dalam satu acara di Nara Park, pada Februari setiap tahun.
 ?? — Gambar Bernama ?? TAPAK WARISAN: Ketua Paderi Kuil Shoryakuji, Koshin Ohara ketika ditemui Bernama semasa lawatan ke kuil itu barubaru ini. Beliau berkata akar budaya Jepun dipelihara di kuil berkenaan dengan pembinaan semula bangunan kuil selepas berlaku kebakaran sewaktu perang saudara antara Heike atau puak samurai dan keluarga bangsawan Genji pada abad ke-12. Shoryakuji, kuil Buddha mazhab Bodaisen Shingon adalah tempat kelahiran sake terkemuka Jepun, lebih daripada 600 tahun lalu.
— Gambar Bernama TAPAK WARISAN: Ketua Paderi Kuil Shoryakuji, Koshin Ohara ketika ditemui Bernama semasa lawatan ke kuil itu barubaru ini. Beliau berkata akar budaya Jepun dipelihara di kuil berkenaan dengan pembinaan semula bangunan kuil selepas berlaku kebakaran sewaktu perang saudara antara Heike atau puak samurai dan keluarga bangsawan Genji pada abad ke-12. Shoryakuji, kuil Buddha mazhab Bodaisen Shingon adalah tempat kelahiran sake terkemuka Jepun, lebih daripada 600 tahun lalu.
 ?? — Gambar Bernama ??
— Gambar Bernama
 ?? — Gambar Bernama ?? UNIK: Pintu gerbang toriI warna merah jambu di pintu masuk kuil Himuro.
— Gambar Bernama UNIK: Pintu gerbang toriI warna merah jambu di pintu masuk kuil Himuro.
 ?? ?? NAKANISHI
NAKANISHI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia