Utusan Borneo (Sarawak)

Isu perkauman: Kenyataan Tun M tak masuk akal

Tidak wajar individu yang dianggap negarawan keluar kenyataan yang boleh menggugat perpaduan

-

KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa masyarakat India di Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini adalah satu perkara yang tidak masuk akal.

Malah Setiausaha Agung Persatuan Perpaduan Sejahtera Kebangsaan R. Subramania­m berkata adalah tidak wajar individu yang dianggap sebagai negarawan mengeluark­an kenyataan yang boleh menggugat perpaduan yang sudah sekian lama wujud di negara ini.

“(Isu) Ini sudah usang… politik Tun ini, dia bawa isu yang sudah tidak relevan. Sejak merdeka hingga sekarang, isu ini digunakan untuk laba politik. Bawa isu ini hanya akan mengacau perpaduan negara, seolah-olah dia lupa Rukun Negara.

“Hakikatnya, kita di Malaysia ini rakyat berbilang kaum hidup harmoni sahaja sehinggala­h ada orang politik yang mengapi-apikan isu perkauman,” katanya kepada Bernama.

Dr Mahathir menerusi sesi temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran televisyen satelit India Thanthi TV mendakwa masyarakat India di Malaysia tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih terikat dengan negara asal mereka.

Ketua Koordinato­r Pertubuhan Demokrat Sosial (DEMUDA) Aliff Naif Mohd Fizam pula menggesa Dr Mahathir memohon maaf kepada seluruh masyarakat India kerana kenyataan pemimpin veteran itu tidak mencermink­an realiti di negara ini.

Beliau berkata isu perkauman sudah tidak lagi relevan untuk dijadikan modal politik sebaliknya pembinaan negara bangsa harus menjadi agenda utama.

“Dalam agenda pembinaan negara bangsa, sepatutnya kita fikirkan bagaimana untuk ke hadapan bersamasam­a sebagai rakyat Malaysia. Bukan memikirkan lagi tentang politik perkauman untuk memisahkan kita. Pemikiran sebegitu hanya akan membantutk­an usaha kita bersama.

“Ahli politik yang lebih senior seharusnya dapat membincang­kan lebih banyak tentang dasar dan agenda pembinaan negara berbanding politik perkauman, prejudis dan kebencian semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Felo Kanan Majlis Profesor Negara Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata pada hakikatnya, semua pihak termasuk kaum India telah memainkan peranan masing-masing pada tahap terbaik untuk bersama-sama membangunk­an Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaa­n.

“Dalam skop pembanguna­n ekonomi kita misalnya, bukan usaha satu-satu pihak sahaja sehingga kita menyaksika­n negara membangun cukup baik sehingga kini malah ketika awal kemerdekaa­n dahulu, kaum India bekerja keras mengusahak­an ladang getah sekali gus menyokong pertumbuha­n ekonomi negara ketika itu.

“Melayu, Cina atau India semuanya memberikan komitmen 100 peratus dalam soal pembanguna­n negara Malaysia, itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa,” katanya.

Berpandang­an tidak salah kaum India ataupun Cina memiliki rasa terikat dengan negara asal usul mereka, Teo berkata mengambil kira kapasiti Dr Mahathir sebagai negarawan ulung yang banyak berjasa kepada negara, kenyataan mantan Perdana Menteri itu juga wajar diambil sebagai satu nasihat untuk memperkasa­kan pembanguna­n satu bangsa Malaysia.

“Tiada salahnya untuk kaum India mahupun Cina memiliki rasa terikat dengan kedua-dua negara sebagai tempat asal usul atau istilahnya secara primordial namun pada masa sama, nilai dukungan jati diri kebangsaan sebagai Anak Malaysia itu harus tetap dipulihara dan diperkukuh.

“Ini kerana biarpun kita sudah mengecap kemerdekaa­n sejak 67 tahun lepas namun harus diakui sehingga kini, masih ada dalam kalangan etnik bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa kebangsaan, jadi perkara itu harus dipandang serius dalam melahirkan satu bangsa Malaysia yang bersatu-padu,” katanya. — Bernama

(Isu) Ini sudah usang… politik Tun ini, dia bawa isu yang sudah tidak relevan. Sejak merdeka hingga sekarang, isu ini digunakan untuk laba politik. Bawa isu ini hanya akan mengacau perpaduan negara, seolah-olah dia lupa Rukun Negara.

R. Subramania­m Setiausaha Agung Persatuan Perpaduan Sejahtera Kebangsaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia