Utusan Borneo (Sarawak)

Akta Parlimen Berpenggal Tetap dapat kurangkan masalah, isu politik: Loke

-

BUTTERWORT­H: Penggubala­n Akta Parlimen Berpenggal Tetap dapat mengurangk­an masalah dan isu politik jika berjaya dilaksanak­an, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

“Kita (DAP) bersetuju (jika akta itu diwujudkan) kerana dari segi prinsip ia perkara yang baik, namun begitu perlulah dilihat dari segi pelaksanaa­nnya,” katanya dalam sidang media ketika ditanya tentang pendirian DAP terhadap cadangan akta berkenaan.

Beliau berkata sistem Parlimen itu pernah dilaksanak­an di United Kingdom iaitu apabila akta sedemikian diwujudkan, Parlimen tidak boleh dibubarkan sewenangwe­nangnya oleh Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun dan perlu dibawa ke Dewan Rakyat untuk diputuskan Ahli Parlimen.

Bagaimanap­un, Loke yakin bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (UndangUnda­ng dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang sedang membuat kajian perkara itu, akan membawa cadangan berkenaan ke Kabinet.

Sementara itu, Loke yang juga Menteri Pengangkut­an berkata berhubung pelaksanaa­n projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang, beliau telah bermesyuar­at dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dan mendapat arahan untuk menyediaka­n Memorandum Jemaah Menteri untuk dibawa ke Kabinet.

“Kita sedang cuba untuk memuktamad­kan perkara ini dalam masa terdekat dan Perdana Menteri telah mengarahka­n agar satu Memorandum Jemaah Menteri disediakan untuk projek LRT Pulau Pinang diluluskan pelaksanaa­nnya,” katanya.

Terdahulu, Loke menyaksika­n Majlis Menandatan­gan Memorandum Persefaham­an antara Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Aset Keretapi (RAC) Datuk Azhar Ahmad dengan Pengurus Besar Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) ‘Ainul Fadhilah Samsudi.

Melalui memorandum persefaham­an ini, LPNPP sebagai agensi kerajaan negeri yang berperanan dalam hal ehwal perumahan untuk golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana, akan membantu RAC dalam penyusunan semula setinggan di Kampung Manis bagi memastikan tiada penduduk yang tercicir.

Perkampung­an setinggan yang mempunyai keluasan 14.82 hektar terletak di atas tanah kereta api hak milik RAC bakal berubah wajah menjadi sebuah kawasan yang moden dan membangun tidak lama lagi.

Loke ketika berucap berkata konsep pembanguna­n yang akan direncanak­an di atas tanah ini kelak bukan semata-mata mengetenga­hkan aspek komersial, tetapi juga terdapat komponen lain seperti hab pengangkut­an, peruncitan, institusi pendidikan dan yang paling penting, perumahan.

“Potensi Kampung Manis telah diketengah­kan dalam Pameran Hartanah RAC 2023 yang diadakan pada 24 Ogos 2023.

“Hasil daripada pameran itu, sebanyak lapan tapak tanah kereta api berjaya menarik perhatian pemaju untuk dibangunka­n secara Request for Proposal (RPF) dengan dua tapak tanah kereta api terletak di negeri ini iaitu Kampung Manis dan Bukit Tengah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INGIN TAHU: Anthony Loke (dua kanan) bersama Chow (tiga kanan) melihat plan lokasi kawasan pembanguna­n pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an antara Perbadanan Aset Keretapi dengan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang bagi pembanguna­n di sebahagian lot dekat Bandar Perai, Seberang Perai Tengah, dekat George Town semalam.
— Gambar Bernama INGIN TAHU: Anthony Loke (dua kanan) bersama Chow (tiga kanan) melihat plan lokasi kawasan pembanguna­n pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an antara Perbadanan Aset Keretapi dengan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang bagi pembanguna­n di sebahagian lot dekat Bandar Perai, Seberang Perai Tengah, dekat George Town semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia