Utusan Borneo (Sarawak)

Tun M tidak patut keluar kenyataan sentuh isu sensitif, kaum: Ramanan

-

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya menimbulka­n kenyataan yang menyentuh isu sensitif dan perkauman di negara ini, kata Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan.

Beliau berkata Dr Mahathir juga tidak seharusnya mempersoal­kan kesetiaan dan semangat cinta akan negara bagi mana-mana kaum khususnya India di Malaysia.

“Saya India tetapi darah saya Malaysia, darah ini saya dapat dari Malaysia kerana saya lahir di sini. Kalau kita tidak sayang dan tak setia kepada negara, tahu tak berapa ramai askar dan polis (kaum

India)? Seingat saya untuk bercakap mengenai kesetiaan, Tun (Mahathir) sendiri belum pernah pergi berperang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media selepas melawat ibu pejabat Suruhanjay­a Koperasi Malaysia di sini semalam.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV mendakwa masyarakat India di Malaysia masih tidak setia kerana masih terikat dengan negara asal mereka.

Dalam masa sama, Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan

dan Koperasi berkata beliau tidak faham apa yang perlu dibuktikan kepada Dr Mahathir selepas segala khidmat dan bakti yang dicurahkan oleh askar dan polis berbangsa India tidak cukup untuk membuktika­n kesetiaan kepada negara.

Beliau juga mendakwa bahawa pendirian bekas Perdana Menteri itu sendiri tidak konsisten dan sering bertukar parti politik.

“Kalau kita tengok dia (Dr Mahathir) hari ini mempunyai pendirian A, kemudian B, selepas itu C. Parti politik pun dia tidak boleh kekal setiap tahun, saya sudah lupa dia parti mana, saya pun keliru,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Ramanan (kanan) bersama Rusli (dua kanan) ketika menghadiri program lawatan ke Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM), di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Ramanan (kanan) bersama Rusli (dua kanan) ketika menghadiri program lawatan ke Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM), di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia