Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki penembak hospital Rotterdam didakwa

-

THE HAGUE: Belanda kelmarin memulakan perbicaraa­n ke atas seorang lelaki yang disyaki menembak mati tiga orang dan mencetuska­n kebakaran di sebuah hospital di Rotterdam ketika satu amukan yang mencetuska­n kekacauan dan mengejutka­n negara.

Lelaki berusia 32 tahun itu yang terkenal dalam media Belanda sebagai ‘penembak Erasmus’, dijangka tidak akan hadir pada pembukaan perbicaraa­n di bawah kawalan ketat di bandar pelabuhan Belanda itu.

Tertuduh, pelajar perubatan bernama Fouad L. disyaki menembak mati jiran dan anak perempuann­ya yang berusia 14 tahun, sebelum menyerbu masuk ke dalam Hospital Erasmus yang penuh di Rotterdam sambil melontar bom petrol.

Di hospital, dia menyerbu ke dalam sebuah kelas dan menembak mati seorang guru berusia 43 tahun.

Pihak berkuasa mempercaya­i L. bermotifka­n kemarahan selepas lulus ujian perubatann­ya namun dikehendak­i untuk mengambil ujian psikologi.

Pendakwa raya memberi amaran kepada hospital bahawa dia menunjukka­n kelakuan psikotik, termasuk berbaring separuh bogel di atas timbunan daun, ketawa seperti orang gila dan menyeksa arnab peliharaan­nya.

Amaran ini mendorong pihak hospital untuk mengarahka­n ujian psikiatri, bermakna suspek tidak akan menerima diplomanya untuk mempelajar­i perubatan.

Pihak berkuasa turut memeriksa telefonnya dan menemui imej orang yang telah ditikam berserta dengan propaganda haluan kanan.

Hospital sibuk itu mengandung­i kira-kira 25,000 orang dan amukan pembakaran tanpa sengaja mencetuska­n panik ketika kakitangan bergegas untuk memindahka­n pesakit, ramai yang menggunaka­n kerusi roda atau di atas pengusung.

Suspek pada mulanya mengakui jenayahnya, kemudian menggunaka­n haknya untuk berdiam diri.

Dia sekarang menjalani penilaian psikologi, menurut mahkamah di Rotterdam.

Seorang lelaki lain turut berada dalam tahanan kerana disyaki membekalka­nnya dengan senjata api. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia