Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah runtuh di Colombia ragut 36 nyawa

-

CARMEN DE ATRATO: Angka kematian akibat tanah runtuh terbaharu di barat laut Colombia meningkat kepada 36, menurut kiraan rasmi pada Ahad, ketika anggota penyelamat meneruskan untuk mencari sekurangku­rangnya tujuh orang.

Sebelum itu, pihak berkuasa telah meletakkan angka kejadian tanah runtuh pada Jumaat lepas, yang mengenai sebatang jalan raya menghubung­kan bandar-bandar Medellin dan Quibdo, dengan 23 kematian.

“Buat semua keluarga mangsa, ucapan takziah sepenuh hati saya,” kata Presiden Gustavo Petro.

Pope Francis turut mendoakan buat mangsa-mangsa dari Vatikan.

Anggota penyelamat, menggunaka­n anjung pengesan dan jentolak, mengejar masa untuk mencari mangsa yang masih hidup.

Video-video yang dikongsika­n menerusi media sosial menunjukka­n bahagian sebuah gunung yang pecah dan jatuh ke bawah menimpa satu barisan kereta,ketika bunyi jeritan kedengaran.

Kejadian tanah runtuh di bahagian Choco yang terletak di pinggir Lautan Pasifik, diikuti hujan lebat selama lebih 24 jam.

Pejabat Ombudsman memberikan amaran mengenai risiko tinggi kejadian tanah runtuh berulang.

“Kami menyeru bagi semua tindakan yang perlu untuk diambil dalam langkah mengawal keselamata­n nyawa orang ramai yang berisiko di tempat tersebut,” menurut pejabat dalam satu buletin.

Satu kejadian tanah runtuh di bahagian tersebut pada Disember 2022 mengorbank­an sekurang-kurangnya 27 orang, memerangka­p orang di dalam sebuah bas dan beberapa kenderaan lain.

Ketika sebahagian besar Colombia sedang menderita akibat kemarau, ahli meteorolog­i telah memberikan amaran mengenai hujan lebat di beberapa bahagian yang bersempada­n dengan Pasifik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia