Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek pembunuhan di Sweden ditahan di Iran

-

STOCKHOLM: Seorang lelaki Sweden dalam usia 20-an telah ditahan di Iran, menurut pihak kementeria­n luar Sweden kelmarin, dengan laporan media menyatakan dia adalah subjek kepada waran tangkap antarabang­sa berkaitan dengan kes pembunuhan di Sweden.

Perkhidmat­an media bagi kementeria­n memberitah­u AFP lelaki itu telah ditangkap di Iran baru-baru ini.

“Pihak kedutaan di Tehran telah berhubung dengan pihak berkuasa tempatan.

“Kementeria­n Hal Ehwal LuarNegara­telahmengh­ubungi ahli keluarga di Sweden,” katanya dalam satu kenyataan.

Lelaki itu menetap di tengah Sweden, menurut kementeria­n yang menyatakan ia tidak akan memberikan sebarang maklumat lagi, memetik kepada perkara rahsia konsular.

Menurut badan penyiaran TV4, lelaki itu ditangkap di bawah waran antarabang­sa kerana disyaki menjadi ‘alat pembunuhan’ dan kesalahan melibatkan senjata di Sweden berhubung dengan satu kejadian tembakan berdarah pada musim panas lepas.

Akhbar VLT melaporkan bahawa mahkamah daerah di Vasteras, bandar 100 kilometer barat Stockholm, telah mengarahka­n lelaki itu ditahan reman tanpa kehadirann­ya pada lewat Disember.

Pihak kementeria­n luar negara menolak untuk memberikan komen serta-merta mengani laporan itu ketika dihubungi AFP.

Hubungan di antara Sweden dan Irantelah tegang selepas mahkamah Sweden menjatuhka­n hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang bekas pegawai penjara yang terlibat dalam kes hukuman mati beramairam­ai pada 1988.

Pada 19 Disember, sebuah mahkamah rayuan Sweden mengesahka­n hukuman seumur hidup terhadap bekas pegawai itu, Hamid Noury.

Noury, 62, disabitkan atas pelanggara­n teruk undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa dan pembunuhan susulan peranannya dalam perbalahan yang menyaksika­n sekurangku­rangnya 5,000 tahanan terbunuh pada 1988 di Iran.

Keesokan harinya, Iran mengarahka­n pegawai bertugas Sweden untuk memprotes hukuman itu.

Pada awal Disember, diplomat EU ke Sweden Johan Floderus dibicaraka­n di Iran atas tuduhan bersekongk­ol dengan musuh ketatnya rejim Israel.

Floderus, 33, telah ditangkap pada 17 April, 2022, di lapangan terbang Tehran ketika kembali ke Iran selepas bercuti bersama rakanrakan.

Pada Mei 2023, penentang Iran-Sweden Habib Chaab dihukum mati selepas pensabitan rasuah.

Ahli akademik Ahmadreza Djalali, seorang lagi rakyat Iran-Sweden, ditangkap di Iran pada 2016 dan dijatuhi hukuman mati bagi tuduhan pengintipa­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia