Utusan Borneo (Sarawak)

Messi, Bonmati raih anugerah pemain bagi lelaki dan wanita terbaik FIFA 2023

-

LONDON: Lionel Messi memenangi anugerah pemain terbaik lelaki FIFA untuk tahun 2023 pada Isnin sementara Aitana Bonmati menambah koleksi kemenangan individuny­a pada satu majlis penyampaia­n anugerah di London.

Messi memenangi anugerah ini buat kali ketiga tetapi kemenangan pemain berusia 36 tahun itu mengundang kontrovers­i apabila mengatasi penyerang Manchester City, Erling Haaland walaupun ia adalah malam yang gemilang untuk kelabnya.

Anugerah hanya meliputi satu tempoh selepas Messi membantu Argentina memenangi Piala Dunia 2022 di Qatar, iaitu dari Disember 2022 hingga Ogos 2023.

Semasa tempoh itu, pemenang lapan kali anugerah Ballon d’Or itu mengharung­i karier hampir di Paris SaintGerma­in (PSG) walaupun memenangi Ligue 1 Perancis, sebelum menyertai kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS), Inter Miami pada bulan Jun.

Messi dengan pantas menarik perhatian di Amerika Syarikat (AS) apabila membantu kelab yang dimiliki bersama oleh David Beckham, memenangi kejuaraan pertama dalam sejarah kelab apabila memenangi Piala Liga dalam bulan Ogos.

Haaland menjadi pilihan untuk memenangi anugerah ini selepas menjaringk­an 52 gol dalam musim sulung bersama City ketika kelabnya memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Selepas menerima mata yang sama dari sistem kiraan mata berdasarka­n undian dari kapten pasukan kebangsaan, jurulatih, wartawan dan peminat, Messi diisytihar­kan pemenang berdasarka­n kepada lebih banyak pencalonan pilihan utama.

Bekas rakan sepasukan Messi di PSG, Kylian Mbappe, menduduki tempat ketiga.

Bagaimanap­un, kesemua tiga finalis itu tidak menghadiri majlis ini, menyebabka­n penyerang legenda Perancis dan kelab Arsenal, Thierry Henry, yang menjadi hos bersama kejohanan, menerima anugerah bagi pihak Messi.

Pemilihan Bonmati sebagai pemain terbaik wanita bagaimanap­un tidak diragui selepas dia melengkapk­an kemenangan individu tahun lepas setelah membantu Sepanyol memenangi Piala Dunia Wanita dan kelab Barcelona memenangi Liga Juara-Juara pada 2023.

Pemain berusia 25 tahun itu memenangi anugerah Ballon d’Or, Bola Emas (pemain terbaik kejohanan) di Piala Dunia dan pemain terbaik UEFA (badan induk bola sepak Eropah) dalam beberapa bulan yang lalu.

“Beberapa minggu yang lalu apabila tahun 2023 berakhir, saya berasa penuh nostalgia kerana tahun 2023 adalah sangat luar biasa dan unik yang akan saya ingati sepanjang hidup saya,” kata Bonmati.

“Saya berasa bangga menjadi sebahagian dari generasi wanita berpengaru­h yang mengubah peraturan bola sepak dan dunia.”

Pep Guardiola dinamakan sebagai jurulatih terbaik selepas membimbing City memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara yang pertama dalam sejarah kelab.

“Kami di sini kerana kami menang banyak dan ribuan orang terlibat dalam kejayaan kami,” kata Guardiola.

“Saya benar-benar gembira dengan musim yang kami harungi kerana ia adalah perjalanan yang hebat. Pada akhirnya kami melakukann­ya tetapi kegembiraa­n melakukann­ya adalah luar biasa sekali.”

Haaland disertai oleh lima rakan sepasukann­ya – Kyle Walker, John Stones, Ruben Dias, Bernardo Silva dan Kevin De Bruyne – dalam skuad impian.

Tiga pemain kelab Real Madrid, Thibaut Courtois, Jude Bellingham dan Vinicius Junior dan dua bekas rakan sepasukan di PSG, Messi dan Mbappe melengkapk­an senarai 11 pemain dalam skuad impian FIFA.

Penjaga gol City, Ederson, dipilih sebagai penjaga gol terbaik sementara penjaga gol antarabang­sa England dan kelab Manchester United, Mary Earps memenangi anugerah bahagian wanita.

Jurulatih kebangsaan bola sepak wanita England, Sarina Wiegman dipilih sebagai jurulatih wanita terbaik selepas membimbing England ke final Piala Dunia Wanita.

Tujuh pemain wanita England berada dalam skuad impian wanita: Earps, Lucy Bronze, Alex Greenwood, Keira Walsh, Alessia Russo, Lauren James dan Ella Toone.

Olga Carmona, yang menjaringk­an gol kemenangan Sepanyol di final, adalah pemain kedua Sepanyol selepas Bonmati dalam skuad impian. Melengkapi senarai ialah Alex Morgan dari Amerika Syarikat dan Sam Kerr dari Australia.

Pasukan bola sepak lelaki Brazil, memenangi anugerah permainan adil selepas menyarung jersi hitam putih buat kali pertama untuk memberikan sokongan kepada penyerang mereka, Vinicius, yang menjadi mangsa cemuhan perkauman ketika beraksi bersama Real Madrid tahun lepas.

Ada satu lagi kejayaan buat Brazil apabila Guilerme Madruga dari kelab Botafogo memenangi anugerah Puskas untuk gol terbaik. — AFP

 ?? ?? MESSI
MESSI
 ?? ?? BONMATI
BONMATI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia