Utusan Borneo (Sarawak)

Sebanyak 16 pasukan bersaing pada kejohanan badminton sekolah rendah

-

SRI AMAN: Sebanyak 16 pasukan sekolah rendah dari Sri Aman dan Betong mengambil bahagian pada kejohanan badminton Antara Sekolah Rendah Bahagian Sri Aman dan Betong bagi sesi persekolah­an 2023 anjuran Kelab Badminton Simanggang (SBC) berlangsun­g di sini Sabtu lalu.

Antara sekolah terlibat ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Simanggang, SJK Chung Hua Pantu, SJK Chung Hua Engkilili, Sekolah Kebangsaan (SK) Gran Stumbin, SK Ijok, SK Agama Sri Aman, SK Melugu, SK Abang Aing, SK Lubok Antu, SK Selepong dan SK St Luke bagi Bahagian Sri Aman.

Manakala dari Bahagian Betong terdiri SK Abang Abdul Kadir, SK Kampung Emplam Kabong, SK Nanga

Atoi Saratok, SK Nanga Budu dan SK Bartholome­w Betong.

Majlis perasmian kejohanan itu disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Beliau memuji usaha SBC kerana mempunyai inisiatif menganjurk­an pertanding­an itu terutamany­a melibatkan murid-murid sekolah rendah.

Menurutnya, penganjurk­an kejohanan itu mampu melahirkan bakat-bakat baharu dan memberi pengalaman kepada anak-anak bertanding.

“Sukan badminton kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat dan tidak salah sukan ini dikembangk­an kepada anak-anak di peringkat sekolah rendah untuk tujuan mencari bakat-bakat baharu,” jelasnya.

Beliau menambah penganjura­n kejohanan ini juga sebagai salah satu pentas penting melahirkan pemainpema­in baharu kalangan generasi muda berbakat.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar kejohanan seperti itu diadakan dua kali setahun sebagai salah satu usaha mencari bakat-bakat dan memberi pengalaman kepada anak-anak mengambil bahagian pada kejohanan itu.

“Saya bersedia menyalurka­n dana bagi tujuan penganjura­n kejohanan itu pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama Presiden Kelab Badminton Simanggang, Tay Buan Boon dan Temenggung Kueh Aik Seng serta yang lain.

DOHA: Korea Selatan memulakan kempen memburu kejuaraan Piala Asia yang pertama mereka sejak 1960 apabila membenam Bahrain 3-1 sementara bekas juara, Iraq, menewaskan Indonesia, juga dengan keputusan 3-1 pada Isnin.

Pada perlawanan lain, Jordan membelasah Malaysia dengan Mahmoud Al-Mardi dan Mousa Al-Tamari masing-masing menjaringk­an dua gol.

Pemain kelab Paris SaintGerma­in (PSG), Lee Kang-in mengatasi reputasi kapten pasukan, Son Heung-min apabila menjaringk­an dua gol untuk Korea Selatan, yang merupakan antara pilihan juara pada kejohanan kali ini.

Lee menyerlah di PSG sejak berpindah dari Real Mallorca pada musim panas tahun lepas dan dia meletakkan skuad kendalian Jurgen Klinsmann itu di hadapan sebanyak dua kali selepas Bahrain mengikat kedudukan pada awal separuh masa kedua.

Pemain tengah berusia 22 tahun itu menunjukka­n kemahirann­ya dengan dua gol untuk memastikan tiga mata berharga buat Korea Selatan.

Aksi cemerlang di mana dia dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan adalah jauh berbeza dengan kapten pasukan yang juga kapten kelab Tottenham Hotspur, Son.

Son gagal menyempurn­akan dua peluang dan juga dilayangka­n kad kuning pada lewat permainan kerana sengaja menjatuhka­n diri untuk mendapatka­n penalti.

Son memburu sesuatu yang “istimewa” dalam penampilan keempatnya di Piala Asia tetapi memberi amaran bahawa pasukannya tidak berdepan laluan mudah.

Jepun, Australia, Iran dan Arab Saudi juga dibayangka­n sebagai bakal juara, bersamasam­a pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan, Qatar.

“Kami mempunyai pasukan yang hebat dan pemain yang sangat berbakat tetapi semuanya tentang komitmen,” kata Son.

“Kami mempunyai pasukan yang luar biasa tetapi kami belum memenangi kejohanan ini sejak 64 tahun.

“Kami hanya mempunyai satu sasaran – untuk menjadikan ia istimewa bersama pasukan ini dan menjadikan ia tahun yang istimewa.”

Selepas permulaan hambar sejak menjadi jurulatih, Klinsmann sudah melihat pasukannya meningkatk­an prestasi pada masa yang tepat.

Selain dari Lee, Korea

Selatan juga dibarisi pemain pertahanan kental kelab Bayern Munich, Kim Min-jae dan pemain sayap Wolves, Hwang Hee-chan, yang menjaringk­an 10 gol dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Korea Selatan akan bertemu Jordan untuk perlawanan kedua Sabtu ini dalam Kumpulan E.

Dalam kumpulan D, yang termasuk pasukan pilihan Jepun, Iraq dipaksa bekerjaker­as oleh Indonesia sebelum akhirnya menang 3-1.

Iraq, juara Asia pad 2007, membelasah Indonesia 5-1 di Basra dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan November lepas dan jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong berikrar sebelum perlawanan bahawa pasukannya akan beraksi lebih baik.

Skuad mudanya, dengan lapan pemain dalam kesebelasa­n utama lahir pada kurun ini, memberikan saingan lebih baik di hadapan kirakira 16,000 penonton.

Tetapi Iraq berulang kali mengancam pintu gol Indonesia dan akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-16 menerusi gol Mohamad Ali.

Indonesia mengikat kedudukan 20 minit kemudian menerusi gol Marselino Ferdinan tetapi Osamah Rashid meletakkan Iraq kembali di hadapan pada masa rehat dan melengkapk­an jaringan ketika berbaki 15 minit permainan menerusi gol Aymen Hussein.

Ketika mengakui Iraq adalah pasukan yang lebih bagus, Shin terkilan dengan apa yang dia kata gol kedua Iraq yang ofsaid.

“Ia jelas ofsaid. Keputusan buruk seperti ini akan menjejaska­n lagi imej Piala Asia,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Pemain pertahanan Korea Selatan Kim Min-jae (tengah) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain tengah Bahrain Mohamed Marhoon (kiri) pada perlawanan Piala Asia Kumpulan E di antara Korea Selatan dan Bahrain di Stadium Jassim bin Hamad di Doha, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Pemain pertahanan Korea Selatan Kim Min-jae (tengah) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain tengah Bahrain Mohamed Marhoon (kiri) pada perlawanan Piala Asia Kumpulan E di antara Korea Selatan dan Bahrain di Stadium Jassim bin Hamad di Doha, kelmarin.
 ?? ?? CUNGKIL BAKAT: Dayang Noorazah (empat kiri) melakukan perasmian kejohanan badminton sekolah rendah disaksikan Tay (tiga kiri), Kueh (empat kanan) serta yang lain.
CUNGKIL BAKAT: Dayang Noorazah (empat kiri) melakukan perasmian kejohanan badminton sekolah rendah disaksikan Tay (tiga kiri), Kueh (empat kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia