Utusan Borneo (Sarawak)

Warisan Allahyarha­m Adenan terus jadi inspirasi pendidikan Cina di Sarawak

-

Walaupun sudah tujuh tahun pemergiann­ya, warisan Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem kepada Sekolah-Sekolah Bebas Cina di Sarawak terus memberi inspirasi kepada masyarakat Cina untuk membangunk­an pendidikan Cina di negeri ini.

Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Persatuan Bersatu Sarawak Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming berkata, masyarakat Cina menghargai usaha dan sumbangan Adenan kepada Sekolah Bebas Cina di negeri ini.

“Kami meminta untuk berjumpa dengan beliau di pejabatnya dan beliau melihat kami dan kami memberikan surat rayuan kepadanya.

“Beliau terus baca surat itu dan kemudian beliau bertanya sama ada kerajaan membantu pada masa itu, saya kata tidak, tidak ada bantuan daripada kerajaan.

“Beliau kata, kalau kerajaan tak bantu, beliau akan bantu.

“Jadi, pada 2014, beliau mula memberi geran kepada 14 Sekolah Bebas Cina di Sarawak.

“Ia bermula dengan RM3 juta dan kini, sejak dua tahun lalu, kami menerima RM10 juta setiap tahun,” ujarnya ketika berkongsi perkara itu dengan Datuk Amar Jamilah Anu semasa lawatannya ke Dewan Pendidikan Cina di Wisma Hua Wen Du Zhong di sini, semalam.

Lau juga berkata, beliau bersyukur dengan pengiktira­fan Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) yang mengejutka­n semua orang apabila ia diumumkan.

Sementara itu, Jamilah berkata Allahyarha­m Adenan melakukan apa yang perlu dilakukan kerana cintanya yang mendalam terhadap Sarawak.

“Beliau selalu berkata hanya apabila anda sayangkan Sarawak, anda boleh melindungi dan menjaga Sarawak dengan baik.

“Itulah kata-katanya sebelum beliau meninggal dunia tujuh tahun lalu.

“Beliau benar-benar mahu orang ramai menyayangi Sarawak dan menjaga Sarawak dengan baik,” katanya.

Jamilah berkata, bukan Sekolah Bebas Cina sahaja menjadi perhatian Allahyarha­m, malah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Lebuh Raya Pan Borneo dan tol percuma, antara lain.

Beliau juga gembira kerana Premier Sarawak sekarang Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan usaha Adenan.

Mengenai Dewan Pendidikan itu, beliau berharap bahagian lain dapat melakukan perkara yang sama untuk mempamerka­n pembanguna­n Sekolah Bebas Cina.

 ?? ?? INSPIRASI: Lau (kiri) membawa Jamilah melawat sekitar Dewan Pendidikan Cina di Wisma Hua Wen Du Zhong, Sibu semalam.
INSPIRASI: Lau (kiri) membawa Jamilah melawat sekitar Dewan Pendidikan Cina di Wisma Hua Wen Du Zhong, Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia