Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak seiring peralihan tenaga dunia

Mahu terus jadi pemain penting industri minyak dan gas, khasnya peralihan kepada sumber boleh diperbahar­ui: Abang Johari

- Oleh Patricia Gari

Sarawak mahu menjadi pemain penting dalam industri minyak dan gas lebih-lebih lagi ketika ini dunia mula beralih daripada bahan api fosil kepada sumber boleh diperbahar­ui serta kurang karbon.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bagi tujuan itu Sarawak tidak hanya akan meneruskan usaha ke arah tenaga hijau bersama rakan niaga tradisiona­l seperti Petronas dan Shell, tetapi juga menjalinka­n kerjasama dengan pemain industri dari luar negara.

“Satu perkara mahu saya nyatakan di sini ialah Sarawak sentiasa mahu menjadi pemain penting dalam industri minyak dan gas lebih-lebih lagi ketika ini, peralihan tenaga sedang berlaku, dunia beralih kepada tenaga boleh diperbahar­ui serta kurang karbon,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatan­gani Kontrak Peruntukan Kejurutera­an, Perolehan dan Pembinaan (EPC) bagi KerjaKerja Pembinaan Struktur Tetap Luar Pesisir untuk Projek Pemampatan F6 VLAP milik Sarawak Shell Berhad antara Sarawak Shell Berhad dan Brooke Holding Sdn Bhd di sini, semalam.

Naib Presiden Kanan Upstream Malaysia & Country Chair Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman menandatan­gani kontrak itu bagi pihak Sarawak Shell Berhad, manakala Brooke Holding Sdn Bhd diwakili Pengarahny­a Dato Sri Wan Lizozman Wan Omar.

Abang Johari berkata, bagi tujuan itu Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) akan bekerjasam­a dengan syarikat Mubadala, sebuah syarikat minyak dan gas milik kerajaan Abu Dhabi.

Selain itu katanya, Sarawak Energy

Berhad (SEB) bakal menjalinka­n usaha sama dengan MASDAR, peneraju teknologi hijau juga milik kerajaan Abu Dhabi.

“Semasa saya menyertai libat urus di COP-28 (Persidanga­n Perubahan

Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Dubai dari 30 November 2023 hingga 13 Disember 2023), kita mewujudkan kerjasama menjangkau­i rakan tradisi kita.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari (barisan hadapan, empat kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan kenangan di atas kapal HHY Zahora ketika mengadakan lawatan ke Muzium Warisan Perindustr­ian Brooke Dockyard yang dijadual siap penghujung tahun ini selepas majlis tersebut, semalam.
— Gambar Chimon Upon UNTUK ALBUM: Abang Johari (barisan hadapan, empat kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan kenangan di atas kapal HHY Zahora ketika mengadakan lawatan ke Muzium Warisan Perindustr­ian Brooke Dockyard yang dijadual siap penghujung tahun ini selepas majlis tersebut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia