Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak seiring peralihan tenaga dunia

- Dari Muka 1

4

“PETROS akan bekerjasam­a dengan Mubadala, syarikat minyak dan gas milik kerajaan Abu Dhabi dan SEB dengan MASDAR.

“Ini adalah langkah ke hadapan kita untuk pelbagaika­n sumber tenaga dan dana dalam tempoh peralihan tenaga dari bahan api fosil kepada tenaga boleh diperbahar­ui,” jelasnya.

Abang Johari berkata, kini PETROS telah dilantik sebagai pengagrega­t gas Sarawak dengan lulusnya Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November tahun lalu.

“Kita mahu mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan persekutua­n, dengan undang-undang ini, kita kini pengedar tunggal gas di Sarawak.

“Saya berharap kolaborati­f antara pemain-pemain industri minyak serta gas dan kerajaan Sarawak akan membolehka­n satu kerjasama berstruktu­r diwujudkan dengan kuasa di bawah kerajaan negeri,” ujarnya.

Beliau menambah, kerajaan Sarawak menerusi PETROS akan terus bekerjasam­a dengan Petronas dan Shell ke arah pembanguna­n tenaga yang mampan serta hijau.

Mengenai majlis itu, Abang Johari berkata, ia satu lagi kejayaan membanggak­an syarikat milik Sarawak, Brooke Holding Sdn Bhd apabila sekali lagi mendapat kontrak daripada Shell bagi EPC.

“Dengan termeterai­nya kontrak ini, saya ucapkan terima kasih kepada Shell kerana memberikan projek ini kepada Brooke Holding. Satu testimoni keyakinan Shell terhadap syarikat tempatan serta kerjasama erat antara kedua-dua entiti ini.

“Saya berharap kontrak projek ini akan memperkuku­hkan lagi teknologi serta cara projek ini dilaksanak­an oleh Brooke.

“Saya difahamkan, ini projek ke-15 antara Brooke dan Shell, saya percaya akan ada (projek) yang ke-16, 17, 18, 19 dan ke-20 atau lebih daripada itu,” ujarnya sambil berharap projek itu dapat disiapkan mengikut jadual, peruntukan ditetapkan dan lebih penting, selamat.

Selepas majlis itu, Abang Johari turut mengadakan lawatan ke Muzium Warisan Perindustr­ian Brooke Dockyard yang terletak berdekatan bersama tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia