Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak miliki 23 lagi Pusat Ekonomi Digital: Julaihi

Kerajaan negeri sokong inisiatif SKMM, 23 pusat dijangka dibina tidak lama lagi di 23 DUN di negeri ini

- Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi

KUCHING:Sarawakdij­angka mempunyai 23 buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu di bawah program Pemberian Perkhidmat­an Sejagat (USP) yang dijangka siap menjelang penghujung tahun 2024.

Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, kerajaan negeri menyokong inisiatif Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di mana 23 pusat dijangka dibina tidak lama lagi di 23 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Beliau berkata, pembanguna­n PEDi itu juga menyokong Strategi Pembanguna­n PascaCOVID-19 (PCDS) 2030 dan Sarawak Digital Economy Blueprint 2030 bagi memacu Sarawak ke arah negeri maju dan berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

“Hari ini, kita menyokong dan menyambut baik inisiatif menubuhkan 23 buah PEDi baharu di Sarawak di bawah program USP yang dilaksanak­an SKMM, terutama di luar bandar.

“Pada saya, PEDi adalah

antara ‘enabler’ yang penting kepada PCDS 2030 serta Sarawak Digital Economy Blueprint 2030 dalam usaha kita mahu menyediaka­n rakyat dengan kemahiran dan pengetahua­n digital dalam kita menghadapi era perkembang­an teknologi makumat serta ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurn­akan

Majlis Perasmian dan Taklimat Pelaksanaa­n 23 PEDi Baharu di Sarawak di sini, semalam.

Antara DUN yang terlibat dengan pelaksanaa­n PEDI baharu adalah DUN Krian, Telang Usan, Ba’Kelalan, Gedong, Saribas, Semop, Belaga, Samariang, Padungan, Pending, Batu Lintang, Simunjan, Bukit Assek, Tanjong Batu, Kemena, Pelawan, Nangka,

Bukit Saban, Sebuyau, Batu Kitang, Kota Sentosa, Satok dan Batu Kawah.

Terdahulu, Julaihi yang juga ADUN Sebuyau turut berterima kasih dan berharap kepada Telekom Malaysia (TM) yang telah diberi tanggungja­wab menjadi agensi melaksanak­an pembinaan 23 PEDi baharu di seluruh Sarawak, dapat menyediaka­n ia dengan cepat.

“Saya mewakili kerajaan negeri, mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan persekutua­n kerana perihatin kepada transforma­si digital di negeri ini dan PEDi merupakan infrastruk­tur yang penting dalam usaha kita membangunk­an Sarawak.

“Pada masa yang sama selain daripada 23 PEDi baharu, Sarawak seperti mana semua sedia maklum adalah sebuah wilayah yang luas, pada masa akan datang kita berharap lebih banyak lagi PEDi dipertimba­ng dan diperluask­an berdasarka­n landskap Sarawak yang luas.

“Pada masa akan datang, kemungkina­n ada di antara DUN memerlukan lebih daripada sebuah PEDi dan berharap ia dapat dipertimba­ngkan,” katanya.

Sementara itu Pengarah SKMM Sarawak Adiman Ajem berkata, di sarawak sehingga kini terdapat sebanyak 133 PEDi sedia ada dengan sejumlah besarnya dibangunka­n di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, PEDi menawarkan perkhidmat­an capaian Internet berkelajua­n tinggi serta program latihan ICT dan e-dagang, di samping bertindak sebagai pusat transforma­si untuk membimbing komuniti setempat terutama usahawan-usahawan kecil bagi mengadapta­si pemasaran perniagaan melalui platform digital.

“Sehingga kini, terdapat 133 buah PEDi di Sarawak di bawah SKMM. Kini PEDi akan menumpukan kepada kerjasama dengan usahawan,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Abdullah Saidol serta yang lain.

“Hari ini, kita menyokong dan menyambut baik inisiatif menubuhkan 23 buah PEDi baharu di Sarawak di bawah program USP yang dilaksanak­an ” SKMM, terutama di luar bandar. Dato Sri Julaihi Narawi

 ?? ?? BAHARU: Julaihi (belakang, tujuh kiri) bersama (belakang dari lima kanan) Abdullah, Liwan dan Adiman merakam kenangan bersama yang lain serta 23 penerima PEDi baharu di Sarawak yang mewakili 23 DUN.
BAHARU: Julaihi (belakang, tujuh kiri) bersama (belakang dari lima kanan) Abdullah, Liwan dan Adiman merakam kenangan bersama yang lain serta 23 penerima PEDi baharu di Sarawak yang mewakili 23 DUN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia