Utusan Borneo (Sarawak)

Muzium Warisan Perindustr­ian Brooke Dockyard dijangka siap hujung tahun ini

-

Muzium Warisan Perindustr­ian Brooke Dockyard dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini dan kemajuan pembinaann­ya ketika ini sebanyak 86 peratus.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata projek yang bernilai RM47 juta itu akan menjadi satu lagi ikon pelanconga­n di negeri ini.

Beliau berkata sebaik muzium itu siap dan aspek keselamata­n pada tahap optimum, ia akan dibuka kepada orang ramai.

“Projek ini telah dicadangka­n ketika saya menjadi Menteri Pelanconga­n lagi. Kita menaik taraf Tebingan Kuching dan Brooke Dockyard.

“Ia mempunyai sejarahnya sendiri, menjadi satu tempat industri perkapalan dan industri untuk membuat serta membaiki kapal di Sarawak, diwujudkan oleh Rajah Charles Brooke.

“Jadi dengan latar belakang demikian ketika saya menjadi menteri pelanconga­n kerana kita sudah ada limbungan kapal jauh dari Kuching tidak berfungsi sebagai limbungan kapal lagi, maka kita ubah fungsinya sebagai tempat

bersejarah yang ada hubung kait dengan industri perkapalan dan maritim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan ke tapak Muzium Warisan Perindustr­ian Brooke Dockyard di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n, Industri Kretif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Pengarah Brooke Holding Sdn Bhd Dato Sri Wan Lizozman Wan Omar.

Abang Johari berkata kerjakerja membaik pulih Brooke Dockyard sedang dilakukan

dan RM42 juta telah diperuntuk­kan dan tambahan RM5 juta lagi untuk memperbaik­i beberapa kapal yang bakal dipamerkan di situ.

Beliau menambah, beberapa peninggala­n sejarah seperti bebaling kapal, kren serta bahan-bahan jentera lama akan dipertahan­kan untuk dijadikan bahan pameran di muzium itu kelak.

Menurutnya beberapa kapal yang pernah digunakan pemerintah terdahulu termasuk Rajah Brooke antaranya The Royalist, Zohara dan Maimunah akan dipamerkan di situ, kerana ia ikon-ikon penting dalam pemerintah­an serta aktiviti perdaganga­n ketika itu.

“Kita juga merancang mengangkat tempat ini sebagai tempat beriadah, mungkin kita akan membuka restoran.

Sementara itu, ditanya mengenai laporan akhbar mengaitkan Kerajaan Sarawak dengan Affin Bank Berhad dari segi pemilikan saham dalam bank itu, Abang Johari tidak menafikann­ya bagaimanap­un enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak berani komen lanjut kerana Affin Bank syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.

“(Akhbar) The Edge melaporkan kita (Sarawak) akan meningkatk­an pegangan sehingga 20 peratus. Itu tidak tepat tetapi saya tidak menafikann­ya bak kata orang ‘kalau tidak ada angin, takkan pokok bergoyang’,” ujarnya.

Abang Johari juga menjelaska­n Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) tidak akan terlibat dalam pemilikan saham Affin Bank kerana DBOS mempunyai mandatnya sendiri, yang membantu serta memberi pinjaman bagi membangunk­an infrastruk­tur di negeri ini.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? BERSEJARAH: Abang Johari (tengah) melihat bebaling kapal lama yang akan dipamerkan di Muzium Warisan Perindustr­ian Brooke Dockyard. Turut kelihatan Abdul Karim (kiri).
— Gambar Chimon Upon BERSEJARAH: Abang Johari (tengah) melihat bebaling kapal lama yang akan dipamerkan di Muzium Warisan Perindustr­ian Brooke Dockyard. Turut kelihatan Abdul Karim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia