Utusan Borneo (Sarawak)

Tapak pembinaan RGC akan diserah LCDA kepada GKCDA pada 22 Januari

-

Tapak pembinaan Rural Growth Centre (RGC) akan diserahkan oleh Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA) kepada Agensi Penyelaras­an Pembanguna­n Greater Kuching (GKCDA) pada 22 Januari ini.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Timbalan Menteri Pengangkut­an Sarawak (Udara dan Jalan) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Datuk Dr Jerip Susil di sini.

“RGC akan dibangunka­n di sebuah tapak yang tidak jauh dari Pejabat Daerah Kecil Padawan dalam dua bahagian.

“Satu adalah pusat pengumpula­n serta kediaman komersial, yakni pembanguna­n bercampur yang mana GKCDA akan memutuskan ia untuk dibangunka­n pemaju swasta.

“Sementara bahagian kedua akan dibangunka­n sebuah

pusat pengumpula­n kopi, sebuah dewan dan sebuah stesen pam minyak,” katanya kepada pemberita

selepas selesai Majlis Serah Terima Kontrak Pembuangan Sampah Kawasan Annah/Tibia, Daerah Kecil

Padawan yang diadakan di sini kelmarin.

Pembanguna­n yang dijalankan GKCDA bakal dijalankan dalam tempoh dua tahun iaitu bermula tahun ini hingga 2025.

Selepas penyerahan tapak pihaknya juga akan memohon kelulusan untuk melakukan penyusunan semula beberapa keperluan pembanguna­n.

“Saya juga perlu meminta pendapat pegawai tadbir, para ketua masyarakat dan ahli majlis untuk menamakan tempat itu nanti dan antara cadangan kita adalah untuk menamakann­ya sebagai Kota Penrissen.

“Itu adalah cadangan tetapi ia tertakluk kepada kelulusan kabinet juga. Saya perlu mendengar pendapat semua pihak terlebih dahulu,” tegasnya.

Buat masa ini kata Dr Jerip, ia akan dipanggil sebagai RGC Bayur atau RGC Padawan.

 ?? ?? REAKSI: Dr Jerip ketika ditemui pemberita kelmarin.
REAKSI: Dr Jerip ketika ditemui pemberita kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia