Utusan Borneo (Sarawak)

Beri maklumat untuk dapatkan bantuan banjir: Pang

M��klum��t pen��u��uk terjej��s b��njir ��k��n ��ibent��ngk��n p������ Mesyu��r��t J��w��t��nku��s�� Pengurus��n Benc��n�� Bintulu

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud Johnny Pang ADUN Tanjong Batu

BINTULU: Maklumat penduduk yang melibatkan isi rumah yang terjejas akibat banjir kilat akan dibentangk­an pada Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bintulu dalam masa terdekat supaya diberi perhatian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, maklumat itu penting supaya langkah-langkah perlu dapat diambil oleh jabatan kerajaan dan agensi melalui kerjasama berkesan untuk menangani masalah banjir kilat berulang pada masa akan datang.

Beliau turut mengalu-alukan penduduk menghubung­i pasukan perkhidmat­annya (Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu) untuk mendapatka­n sokongan.

“Kita komited sepenuhnya untuk memberikan bantuan dan penyelaras­an,” katanya di sini, semalam.

Pada masa sama katanya, penduduk yang terjejas disaran memberi maklumat berkaitan supaya bantuan dapat disalurkan dengan segera.

Pang turut mengingatk­an penduduk agar peka dan waspada dengan keadaan persekitar­an terutama bagi yang mendiami petempatan kawasan rendah susulan hujan lebat berterusan yang diramal mencetuska­n banjir kilat dalam tempoh beberapa hari ini.

Katanya, hubungi unit kecemasan setempat atau pihak berkuasa keselamata­n supaya bantuan segera sekiranya kawasan penempatan mereka dilanda banjir.

Beliau sebelum ini turut meninjau kediaman terjejas banjir kilat di Kampung Assyakirin

Kit�� komite�� sepenuhny�� untuk memberik��n b��ntu��n ����n penyel��r��s��n.

Fasa 1, Fasa 2 dan Desa Damai.

Dalam pada itu katanya, penduduk boleh menghubung­i pelbagai agensi kerajaan berkaitan untuk mendapatka­n bantuan sekiranya terjejas atau menghadapi masalah kecemasan berkaitan banjir.

Agensi yang boleh dihubungi ialah Bilik Gerakan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bintulu di talian 086-310648, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) (086-339781), Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia (JPBM) (086332222), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (086332341), Balai Polis Pusat Bintulu (086-3125310, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu (Bilik Gerakan) (086332044) dan Hospital Bintulu (086-859000/086-255899).

 ?? ?? TELITI: Pang (kanan) bersama kakitangan agensi berkaitan turun padang meninjau perkembang­an projek pembinaan sistem parit besar di Kampung Assyakirin Bintulu.
TELITI: Pang (kanan) bersama kakitangan agensi berkaitan turun padang meninjau perkembang­an projek pembinaan sistem parit besar di Kampung Assyakirin Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia