Utusan Borneo (Sarawak)

Klinik Bint��ngor b��k��l ��plik��sik��n sistem EMR

-

BINTANGOR: Klinik Bintangor dijangka mengaplika­sikan sistem Electronic Medical Record (EMR) dalam masa terdekat bagi meningkatk­an sistem pengurusan rekod klinik yang sedia ada.

Sistem pengurusan tersebut telah diperkenal­kan di lima klinik di Sarawak sebagai projek perintis pada tahun lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, Klinik Bintangor merupakan salah satu daripada beberapa klinik yang akan menggunaka­n sistem digital berkenaan.

“Tahun ini kita akan menambah bilangan klinik untuk mengguna pakai sistem digital ini dan Klinik Bintangor merupakan salah sebuah klinik yang akan kita perkenalka­n dengan sistem digital ini.

“Segala rekod klinik akan dapat diurus dengan lebih berkesan melalui kaedah digital,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan siri lawatan Jejalah Borneo di Klinik Bintangor, Isnin lalu.

Sehubungan itu katanya, sebanyak 39 klinik di seluruh negeri ini telah diluluskan untuk menerima suntikan peruntukan projek klinik usang tahun ini yang berjumlah RM19 juta.

“Dalam lawatan ke Klinik Bintangor hari ini, saya telah

melihat perancanga­n masa depan terutama mengenai permintaan bagi pembesaran klinik tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perancanga­n Klinik Bintangor, beliau telah meminta pegawai kesihatan bahagian untuk melihat pilihan yang lain untuk mendapatka­n tanah dengan kerjasama ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.

Selain itu katanya, permohonan bagi memperting­katkan perkhidmat­an sedia ada di Klinik Pergigian Bintangor juga akan dipertimba­ngkan.

“Di samping itu, isuisu dan permasalah­an yang dihadapi Klinik Bintangor akan diselesaik­an secepat mungkin,” ujarnya.

Menurutnya, pihaknya masih menjalanka­n penilaian

sebelum jumlah peruntukan dapat ditetapkan untuk tujuan itu.

“Kita akan meminta pegawai kesihatan bahagian untuk membuat perancanga­n awal kerana pembanguna­n sesebuah klinik memakan masa,” ujarnya.

Mengenai kemudahan bagi kakitangan klinik, beliau memberitah­u bahawa kuarters kediaman merupakan isu besar dalam siri lawatan beliau.

“Walaupun kemudahan tempat tinggal di Bintangor dan Sarikei masih mencukupi namun skop pembanguna­n kuarters kakitangan juga akan diberi keutamaan terutama dalam menyediaka­n tempat tinggal yang bermaruah dan bersesuaia­n kepada pegawai dan jururawat yang bertugas di kawasan luar bandar di Sarawak,” tegasnya.

 ?? ?? TINJAUAN: Lukanisman menandatan­gani buku pelawat semasa kunjungan kerja ke Klinik Bintangor, pada Isnin sambil disaksikan Ding (dua kanan).
TINJAUAN: Lukanisman menandatan­gani buku pelawat semasa kunjungan kerja ke Klinik Bintangor, pada Isnin sambil disaksikan Ding (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia