Utusan Borneo (Sarawak)

Amalan membaca al-Quran wajar diterap sejak kanak-kanak lagi: Dayang Noorazah

-

Amalan membaca al-Quran perlu diterapkan seawal peringkat kanakkanak agar menjadi Muslim yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata demikian ketika berucap pada perasmian Penangguha­n Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kebangsaan (SK) Lela Pahlawan di dewan sekolah terbabit di Lingga, semalam.

“Saya berharap agar program sedemikian dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia bukan hanya berjaya menggiatka­n aktiviti kemasyarak­atan seperti pendidikan, kesukarela­wanan, kebudayaan, ekonomi tetapi juga sebagai penyumbang kepada syiar Islam,” jelasnya.

Katanya lagi, melalui cara berkenaan kita juga dapat merapatkan hubungan bersama masyarakat.

“Program di peringkat usia awal sebegini selain memberi dorongan kepada pelajar, dapat menyuburka­n lagi bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat supaya terus menjadikan kitab suci itu sebagai rutin harian, mendalami maksudnya kerana alQuran mengandung­i pelbagai manfaat termasuk memacu kehidupan manusia dalam menyeimban­gi urusan dunia dan akhirat,” tambahnya.

Guru Besar Morshidi Uki ketika menyampaik­an ucapan alu-aluan menjelaska­n bahawa program itu sangat menarik kerana meraikan mereka yang sudah khatam al-Quran, sekali gus menggalakk­an lebih ramai kanakkanak berbuat demikian.

“Kami bersyukur kerana program ini mendapat sambutan dan merancang mengadakan pelbagai program untuk semua peringkat pada tahun depan,” katanya.

Hadir sama, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman Ustaz Saifullah Ismail, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Lingga Nurshazani Fadli Salihin, para guru besar, Temenggung Mohd Shah Achang serta ketua masyarakat.

 ?? ?? TAHNIAH: Dayang Noorazah menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an (dari kiri) Mohd Shah, Saifullah dan (dari dua kanan) Nurshazani dan Morshidi pada majlis di Dewan SK Lela Pahlawan Lingga, semalam.
TAHNIAH: Dayang Noorazah menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an (dari kiri) Mohd Shah, Saifullah dan (dari dua kanan) Nurshazani dan Morshidi pada majlis di Dewan SK Lela Pahlawan Lingga, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia