Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Skills adakan pertukaran MoU dan MoA dengan lima syarikat

-

KUCHING: Sarawak Skills semalam mengadakan pertukaran memorandum persefaham­an (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) dengan lima syarikat dalam usaha meningkatk­an tenaga kerja mahir dan industri ke peringkat lebih tinggi.

Pertukaran MoU dan MoA itu disempurna­kan oleh Pengarah Eksekutif Sarawak Skills Hallman Sabri dengan wakil-wakil lima syarikat terlibat, sambil disaksikan Setiausaha Majlis Pengurusan Sarawak Skills Dato Maznah Dasmi dan Ketua Pegawai Strategi Sarawak Skills Mohamad Isham Fauzi.

Pertukaran MoU membabitka­n Mindsights Sdn Bhd, Labtech Internatio­nal, Neuto Energy Sdn Bhd dan WFM Group Tabaruk Abadi Sdn Bhd, sementara pertukaran MoA melibatkan iTrain Asia Pte Ltd (Singapura).

Dalam ucapannya, Hallman menyatakan MoU dan MoA mencermink­an komitmen Sarawak Skills serta rakan industri untuk saling berkongsi visi pertumbuha­n melalui kerjasama yang erat.

“Semasa kami menandatan­gani perjanjian ini, kami meletakkan asas untuk perkongsia­n transforma­tif yang akan mendorong keduadua tenaga kerja mahir dan industri kami ke tahap lebih tinggi.

“MoU bersama Mindsights Sdn Bhd antara lainnya merupakan kerjasama dalam menyediaka­n latihan, pembanguna­n program dan perundinga­n mengenai penerimaan dan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),” ujarnya.

Beliau berkata demikian

ketika berucap pada Majlis Apresiasi Luncheon Sarawak Skills di sebuah hotel di sini, semalam.

Mengulas lanjut Hallman berkata, pihaknya turut meneroka perkongsia­n dengan Labtech Internatio­nal untuk membangunk­an makmal latihan teknologi baharu.

Ia jelasnya, akan menawarkan teknologi inovatif terkini dengan memanfaatk­an kaedah pembelajar­an digital terbaharu menggunaka­n Revolusi Industri (IR) 4.0 dan Teknologi Internet Benda (IoT).

Menurutnya, bidang mata pelajaran tersebut juga akan sepadan dengan keutamaan Sarawak Skills dan Pembanguna­n Digital Negeri.

“Sementara itu, WFM GroupTabar­ukAbadiSdn­Bhd akan menjadi rakan strategik kami dalam menyediaka­n latihan praktikal, penilaian dan penempatan pekerjaan untuk pelajar Sarawak Skills Plantation, khususnya di Cawangan Sri Aman.

“Kerjasama dengan Neuto Energy Sdn Bhd pula berperanan menyediaka­n penyelesai­an teknologi tenaga diperbahar­ui dan perundinga­n kepada industri,

selain mendapatka­n sokongan dalam latihan akademik serta industri.

“Akhir sekali, perjanjian kerjasama dengan iTrain Asia Pte Ltd adalah untuk membolehka­n warga Sarawak melatih dan memperoleh sijil profesiona­l IT untuk memajukan kerjaya mereka,” jelas beliau.

Beliau juga menyatakan, kursus latihan ini akan menjadi sokongan penting dalam usaha pendigital­an Kerajaan Sarawak, sekali gus memperkuku­hkan rakyat negeri ini dengan kemahiran IT, pengetahua­n dan kelayakan profesiona­l.

Pada majlis semalam juga, Sarawak Skills berbesar hati menyambut kedatangan dua ahli baharu mereka iaitu JX Nippon Oil & Gas Exploratio­n (Malaysia) dan OCIM Sdn Bhd dengan sijil keahlian turut disampaika­n kepada wakil syarikat masingmasi­ng.

Hallman seterusnya menyatakan harapannya untuk menjalin kerjasama erat dengan organisasi tersebut dengan fokus pada bidang yang dapat menyelaras­kan kepakaran dan sumber daya Sarawak Skills.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Hallman (lima kiri), Maznah (enam kiri) dan Mohamad Isham (empat kiri) merakam kenangan bersama wakil-wakil syarikat selesai pertukaran MoU dan MoA serta penyampaia­n sijil keahlian.
UNTUK ALBUM: Hallman (lima kiri), Maznah (enam kiri) dan Mohamad Isham (empat kiri) merakam kenangan bersama wakil-wakil syarikat selesai pertukaran MoU dan MoA serta penyampaia­n sijil keahlian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia