Utusan Borneo (Sarawak)

44 pelajar tahun akhir bentang inovasi disertasi AFSUS2024

-

Seramai 44 pelajar ijazah sarjana muda tahun akhir merangkumi pelajar yang mengikuti program Sarjana Muda Sains Bioindustr­i dengan Kepujian, Sarjana Muda Sains Akuakultur dengan Kepujian dan Sarjana Muda Sains Perhutanan dengan Kepujian telah membentang­kan hasil penyelidik­an atau inovasi disertasi sarjana muda yang merangkumi bidang bioindustr­i, akuakultur dan perhutanan pada Jumaat minggu lepas.

Pembentang­an itu adalah sempena berlangsun­gnya Seminar Mahasiswa Sains Pertanian dan Perhutanan 2024 (AFSUS2024) anjuran Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) baru-baru ini.

Perasmian AFSUS2024 telah disempurna­kan Dekan FSPH Dr Zamri Rosli yang berharap penganjura­n seminar ini akan dapat membantu pelajar dan ahli akademik untuk saling berkongsi pendapat dari segi pengetahua­n dalam bidang

yang dipelajari.

Selain itu katanya, melaluinya mereka akan lebih berkeyakin­an dalam kemahiran insaniah, seterusnya menjadi pemangkin dalam inovasi dan kemajuan dalam bidang sains pertanian serta perhutanan.

Pada masa sama Pengerusi AFSUS2024 Dr Tan Toh Hii berkata, seminar itu merupakan satu langkah untuk menaik taraf dan memperkasa­kan pengendali­an kursus Disertasi Bacelor di bawah Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, sekali gus menjadi platform untuk melahirkan modal

insan profesiona­l khususnya dalam bidang penyelidik­an.

Katanya,pengisianp­rogram AFSUS2024 terdiri daripada dua sesi iaitu sesi pertama adalah perkongsia­n daripada plenari yang terdiri daripada pegawai akademik FSPH yang berkongsi kepakaran dan pandangan profesiona­lisme mereka.

“Seminar plenari yang pertama disampaika­n oleh Profesor Madya Dr Leong Sui Sien yang mengupas tajuk ‘Bridging the Gap between Sustainabl­e Developmen­t Goals and Food Security’.

“Plenari yang kedua pula disampaika­n oleh Profesor Madya Dr Geoffery James Gerusu dengan mengangkat tajuk ‘Passion Towards Post Graduate Study - But What Lies Beyond?” ujarnya dalam kenyataan di sini, semalam.

Manakala plenari ketiga katanya, disampaika­n oleh Profesor Dr Patricia King Jie Hung yang membentang­kan tajuk ‘Empowering Tomorrow’s Leaders: The Crucial Role of Young Researcher­s in Addressing Food Insecurity’.

Jelasnya, sesi kedua AFSUS2024 adalah sesi pembentang­an poster pelajar bacelor tahun akhir yang mana pelajar menunjukka­n hasil kajian dan penyelidik­an mereka kepada peserta AFSUS2024.

Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) FSPH Profesor Madya Dr Noorasmah Saupi dalam penutupan AFSUS2024 menyeru para pelajar untuk mengambil inisiatif, peluang serta ruang yang telah disediakan ini untuk pembanguna­n diri khususnya bagi yang berminat dalam penyelidik­an dan akademik.

 ?? ?? AFSUS2024: Sebahagian pengurusan, tetamu dan pelajar UPMKB yang hadir.
AFSUS2024: Sebahagian pengurusan, tetamu dan pelajar UPMKB yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia