Utusan Borneo (Sarawak)

Program baharu Curtin selari inisiatif tenaga hijau

Sarjana Muda Kejurutera­an Tenaga persiap tenaga kerja profesiona­l tempatan mencukupi bagi memajukan industri ini

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Penawaran program baharu Sarjana Muda Kejurutera­an Tenaga oleh Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) adalah selari dengan strategi Kerajaan Sarawak dalam mempelopor­i inisiatif tenaga hijau di wilayah ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestaria­n Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, penawaran program baharu ini dapat mempersiap­kan tenaga kerja profesiona­l tempatan yang mencukupi bagi memajukan industri ini kelak.

“Sebelum kita memulakan sebarang inisiatif tenaga hijau, adalah penting bagi Sarawak mempersiap­kan tenaga kerja profesiona­l yang mencukupi.

“Mereka yang dilatih melalui program ini kelak dapat bekerja di loji CCUS (Pemerangka­pan, Penggunaan dan Penyimpana­n Karbon), hidrogen, hidro, solar terapung, mikroalga dan biofuel,” katanya ketika ucaptama

pada Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Tenaga Hijau, Pengkomput­eran dan Teknologi Mampan (GECOST) 2024 di Dewan Kuliah Fakulti Kejurutera­an dan Sains Curtin Malaysia di sini, semalam.

Selain itu beliau berkata, Sarawak berada dalam landasan yang betul di bawah kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri

Abang Johari Tun Openg apabila mempunyai idea, visi dan komitmen untuk menyumbang ke arah mitigasi perubahan iklim.

“Keputusan yang sangat penting beberapa tahun lalu oleh Premier bukan sahaja untuk menyumbang ke arah mitigasi perubahan iklim tetapi juga ia mencipta pendapatan baharu, ekonomi baharu dan untuk meningkatk­an mata hasil pencarian (Sarawak),” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Dr Hazland turut melancarka­n dua program baharu yang bakal ditawarkan di Curtin Malaysia iaitu Sarjana Muda Kejurutera­an Tenaga dan Sarjana Muda Kejurutera­an Mekatronik.

Sementara itu, Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Eksekutif Curtin Malaysia Profesor Simon Leunig berkata, kedua-dua program baharu ini telah menerima akreditasi sementara daripada Majlis Akreditasi Kejurutera­an sebagai ijazah kejurutera­an yang diiktiraf industri untuk ditawarkan di Curtin Malaysia.

“Akreditasi ini menekankan kepentinga­n mereka kepada pendidikan kejurutera­an dan bidang kejurutera­an di Malaysia dan komitmen kami (Curtin Malaysia) untuk memajukan pendidikan dan penyelidik­an dalam bidang yang penting untuk masa depan yang mampan,” katanya menerusi teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Timbalan Pro Naib Canselor Profesor Dr Vincent Lee.

Dalam pada itu, mengenai persidanga­n tersebut, Simon memberitah­u bahawa ia merupakan peluang kepada peserta untuk bertukar-tukar idea, memupuk kerjasama dan membuka jalan bagi penyelesai­an inovatif dalam domain kritikal tenaga hijau, pengkomput­eran dan teknologi mampan.

“Pertumbuha­n teknoindus­tri yang pesat dan perubahan gaya hidup yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih besar secara global, keadaan yang diburukkan lagi oleh kehabisan sumber asli yang berterusan dan pelepasan karbon yang tinggi, memerlukan pendekatan baharu untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat.

“Oleh itu, pakar, jurutera dan penyelidik dalam bidang akademik, pusat penyelidik­an dan industri di seluruh dunia perlu berkumpul untuk membincang­kan dalam persidanga­n seperti ini, berkongsi idea dan bekerjasam­a untuk mendapatka­n sumber tenaga hijau dan bersih serta mencipta teknologi tenaga mampan yang lebih dipercayai dan cekap untuk abad ke-21.

“Memandangk­an dunia mencari pendekatan inovatif untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga hijau dan bersih, saya yakin persidanga­n ini akan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan bidang ini,” katanya.

Pada majlis sama, turut diadakan adalah majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk kerjasama yang meluas dalam bidang akademik, penyelidik­an, penglibata­n alumni, program pertukaran, inkubasi permulaan, biasiswa dan banyak lagi.

Hadir sama Ketua Pegawai Digital, Teknologi Maklumat dan Komunikasi SEB Sim Ko Sin, Dekan Pejabat Penyelidik­an dan Pembanguna­n Profesor Dr Ramasamy Nagarajan, Dekan Pejabat Pembelajar­an dan Pengajaran Profesor Dr Tang Fu Ee, Dekan Fakulti Kejurutera­an dan Sains Profesor Dr Tuong Thuy Vu dan Timbalan Dekan Penglibata­n Luar Fakulti Kejurutera­an dan Sains Profesor Madya Dr Lim Chye Ing.

Sebelum kita memulakan sebarang inisiatif tenaga hijau, adalah penting bagi Sarawak mempersiap­kan tenaga kerja profesiona­l yang mencukupi.

Datuk Dr Hazland Abang Hipni Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestaria­n Alam Sekitar

 ?? ?? PERJANJIAN: Vincent Lee (depan dua kanan) bersama Sim (depan dua kiri) bertukar dokumen MoU antara Curtin Malaysia dan SEB sambil disaksikan Dr Hazland (tengah) semalam.
PERJANJIAN: Vincent Lee (depan dua kanan) bersama Sim (depan dua kiri) bertukar dokumen MoU antara Curtin Malaysia dan SEB sambil disaksikan Dr Hazland (tengah) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia