Utusan Borneo (Sarawak)

Adaptasi ekonomi digital untuk masa depan industri

-

Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) menggesa penggiat industri dalam sektor pembinaan untuk mengadapta­sikan diri dengan pendigital­an, kerana ekonomi digital adalah trend ekonomi global dan masa depan sektor itu.

Presiden ACCCIS Kong Chiong Ung berkata, pendigital­an tidak dapat dielakkan dan usaha berterusan Kerajaan Sarawak untuk pembanguna­n ekonomi digital menunjukka­n bahawa sudah tiba masanya untuk menyesuaik­an diri dan bergerak ke hadapan dengan mengadapta­si perubahan itu.

“Oleh itu, kami berada di sini hari ini di ‘Kursus Latihan

Digital Untuk Industri Pembinaan’ ini, kerana kami percaya ini bukan sahaja pelaburan untuk masa depan kami tetapi juga tindakan konkrit sebagai tindak balas kepada strategi ekonomi digital kerajaan,” kata Kong dalam ucapan pembukaan bertulisny­a yang dibacakan oleh Naib Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina (MCCCI) Miri Vincent Lu pada Isnin.

Sesi pertama kursus tersebut berakhir semalam.

Latihan digital untuk sektor pembinaan, kata Kong, bukan sahaja melengkapk­an perniagaan dengan kemahiran yang relevan dengan era digital tetapi juga menyediaka­n platform untuk profesiona­l industri untuk belajar dan bertukar idea.

“Saya percaya melalui latihan sebegini, kita dapat memupuk lebih ramai bakat digital, memacu industri pembinaan ke arah inovasi dan kecekapan yang lebih tinggi.

“Dengan menghadiri kursus seperti ini, ia lebih daripada sekadar untuk pembanguna­n perusahaan individu, melihat kepada gambaran yang lebih besar, kita turut mempromosi­kan kemakmuran dan pembanguna­n mampan industri pembinaan di Sarawak,” tambahnya.

Kursus tersebut adalah yang pertama daripada dua sesi yang diadakan di bilik mesyuarat MCCCI.

Sesi pertama adalah dari 15 hingga 17 Januari dan sesi kedua akan diadakan dari 26 hingga 28 Februari depan.

Dianjurkan oleh ACCCIS, latihan itu yang dibiayai Recovery BizFund Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF), merangkumi enam modul kursus, menggabung­kan penjelasan teori dan pengajaran dan demonstras­i secara langsung.

Topik tersebut termasuk penggunaan dron dan realiti maya (VR) untuk teknologi reka bentuk dan pembinaan maya (VDC), membolehka­n para peserta memahami dan mengamalka­n kemahiran ini sepenuhnya.

Kong turut menyebut bahawa program latihan itu dibawa ke Miri, selepas kejayaan sesi julung kali diadakan di Bintulu tahun lalu.

 ?? ?? ADAPTASI: Lu (sembilan kiri) bergambar bersama peserta dan ahli jawatankua­sa MCCCI selepas perasmian pembukaan kursus latihan itu pada Isnin.
ADAPTASI: Lu (sembilan kiri) bergambar bersama peserta dan ahli jawatankua­sa MCCCI selepas perasmian pembukaan kursus latihan itu pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia