Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Susu Sekolah Sedunia tingkat kesedaran kepentinga­n khasiat pemakanan kanak-kanak

-

Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia juga dilihat sebagai suatu usaha Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) meraikan guna tenaga setiap peringkat pelaksana dalam menggerakk­an Program Susu Sekolah (PSS) yang dilaksanak­an serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Pengarah Pendidikan Negeri Datu Dr Azhar Ahmad berkata, sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia merupakan satu acara yang disambut setiap tahun bagi meningkatk­an kesedaran tentang kepentinga­n khasiat pemakanan kanak-kanak di negara ini.

“Program ini dilaksanak­an untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapa­tan isi rumah di aras status sosioekono­mi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah.

“Program ini juga bertujuan meningkatk­an taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat Borneo: Zon 2 (Sabah B) & Zon 3 (Sarawak) dirasmikan

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn yang mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, semalam.

Tambah Azhar, program juga bertujuan meningkatk­an tarafkesih­atandanpem­akanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuha­n fizikal, kesihatan mental dan umumnya kesihatan murid sekolah bertambah baik.

Ujarnya, selain itu PSS juga bertujuan menggalakk­an murid meminum susu di peringkat awal.

PSS juga merupakan satu program yang dilaksanak­an oleh KPM bersama syarikat pengeluar susu terpilih.

Sabah Internatio­nal Dairies Sdn Bhd (SID) telah dilantik sebagai pembekal untuk melaksanak­an PSS bagi Zon 2 (Sabah B) dan Zon 3 (Sarawak).

Sementara itu, Penasihat Progam Susu Sekolah SID Datuk DeLeon Quadra@ Kamal Quadra dalam ucapannya berkata, apabila PSS Kementeria­n Pendidikan Malaysia dilaksanak­an pada 1983, SID juga terlibat dalam pembekalan susu ke beberapa negeri di Semenanjun­g Malaysia dan Sarawak.

PSS dilaksanak­an di seluruh negara kecuali Sabah kerana

Sabah mempunyai program susu sekolah sendiri pada ketika itu, dijenamaka­n sebagai Mat Pintar.

“SID telah diberikan kontrak di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia bagi membekal dan menghantar susu ke sekolah-sekolah di negeri Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Labuan dari tahun 2011 hingga tahun 2017.

“Oleh kerana dua jenis program susu sekolah berjalan serentak di negeri Sabah, Program Susu Sekolah Percuma Negeri Sabah yang dikenali sebagai Susu Mat Pintar diberhenti­kan pada tahun 2016 dan diambil alih oleh Program Susu Sekolah di bawah kelolaan Kementeria­n Pendidikan Malaysia sepenuhnya,” katanya.

DeLeon berkata, pada tahun 2020 PSS telah dilaksanak­an semula dan penerima PSS adalah semua murid sekolah rendah daripada keluarga miskin tegar.

Jelasnya setiap murid diberi susu kotak UHT 200ml susu penuh krim tanpa perisa setiap hari.

“Pemberian susu penuh krim tanpa perisa adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk mengurangk­an pengambila­n gula berlebihan sehingga menjejas kesihatan,” katanya.

 ?? — Gambar Roystien Emmor ?? TERIMALAH: Azhar (dua kiri) dan DeLeon (dua kanan) menyaksika­n Sagah menyampaik­an replika sumbangan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kepada wakil penerima sempena Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat Borneo: Zon 2 (Sabah B) & Zon 3 (Sarawak).
— Gambar Roystien Emmor TERIMALAH: Azhar (dua kiri) dan DeLeon (dua kanan) menyaksika­n Sagah menyampaik­an replika sumbangan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kepada wakil penerima sempena Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat Borneo: Zon 2 (Sabah B) & Zon 3 (Sarawak).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia