Utusan Borneo (Sarawak)

Program bantuan susu percuma perlu sokongan

Sokongan ahli keluarga amat penting jayakan program agar keterjamin­an kesihatan murid diutamakan

- Oleh Jessica Jawing

Ia sangat lengkap bagi mengisi keperluan asas setiap murid yang baru kenal dengan dunia luar sebagai daya tahan dijangkiti penyakit.

KUCHING: Sokongan daripada semua pihak terutama ibu bapa dan ahli keluarga amat penting bagi menjayakan program bantuan susu percuma kepada murid agar keterjamin­an kesihatan murid diutamakan.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, amalan minum susu mempunyai kebaikan daripada aspek komposisi nutrisi dan biokimia.

“Ia sangat lengkap bagi mengisi keperluan asas setiap murid yang baru kenal dengan dunia luar sebagai daya tahan dijangkiti penyakit.

“Maka amalan memberikan susu kepada murid akan menjamin kesihatan fizikal dan mental.

“Sehubungan itu, sokongan daripada semua pihak terutama ibu bapa dan ahli keluarga yang lain termasuk guru, pihak SID (Sabah Internatio­nal Dairies Sdn Bhd), Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri adalah penting bagi menyediaka­n bantuan susu percuma kepada murid-murid,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Menteri Pendidikan, Inovasi dan

Pembanguna­n Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn sempena merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat Borneo: Zon 2 (Sabah B) & Zon 3 (Sarawak) di sini, semalam.

Program Susu Sekolah (PSS) juga merupakan satu program yang dilaksanak­an oleh KPM bersama syarikat pengeluar susu terpilih.

Sabah Internatio­nal Dairies Sdn Bhd (SID) telah dilantik sebagai pembekal untuk melaksanak­an PSS bagi Zon 2 (Sabah B) dan Zon 3 (Sarawak).

Tambah Abang Johari, beliau yakin dan percaya pengalaman yang luas selama 40 tahun pihak SID boleh digunakan untuk bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia amnya dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah khususnya dalam melaksanak­an

PSS kepada murid sekolah rendah yang layak.

“Pada peringkat ini, saya dimaklumka­n bahawa kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah dengan pendapatan bulanan keluarga berjumlah RM1,169 dan kurang, iaitu RM310 per kapita.

“Data ini menunjukka­n seramai 83,852 orang murid seluruh Sarawak telah terpilih untuk mengikuti Program Susu Sekolah Kementeria­n Pendidikan Malaysia pada sesi persekolah­an 2023/2024,” katanya.

Beliau katanya, berbangga dengan usaha yang telah dijalankan Kementeria­n Pendidikan Malaysia bersama pihak SID dalam menyokong amalan minum susu di kalangan murid sekolah.

“Saya yakin wujud kesedaran dalam kalangan ibu bapa bahawa pengambila­n susu secara eksklusif amat penting untuk kesihatan

anak-anak mereka,” katanya.

Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia juga dilihat sebagai suatu usaha KPM meraikan guna tenaga setiap peringkat pelaksana dalam menggerakk­an PSS yang dilaksanak­an serentak dengan

Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Tarikh 24 September pada setiap tahun telah diwartakan sebagai tarikh sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia.

Pada tarikh ini, pelbagai aktiviti dilaksanak­an di peringkat sekolah yang bertujuan

menggalakk­an amalan minum susu dalam kalangan murid sekolah.

Hadir sama pada majlis, Penasihat Progam Susu Sekolah SID Datuk DeLeon Quadra@Kamal Quadra dan Pengarah Pendidikan Negeri Datu Dr Azhar Ahmad.

 ?? — Gambar Roystien Emmor ?? ANUGERAH: Sagah yang mewakili Premier menyampaik­an replika cek kepada pemenang Anugerah Program Susu Sekolah Terbaik kepada wakil sekolah. Turut kelihatan Azhar (dua kiri) dan DeLeon (dua kanan) serta yang lain.
— Gambar Roystien Emmor ANUGERAH: Sagah yang mewakili Premier menyampaik­an replika cek kepada pemenang Anugerah Program Susu Sekolah Terbaik kepada wakil sekolah. Turut kelihatan Azhar (dua kiri) dan DeLeon (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia