Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk kampung tetap mahukan bil fizikal SEB

-

Penduduk Kampung Bakam di sini menyeru agar Sarawak Energy Berhad (SEB) terus mengekalka­n kemudahan bilfizikal­bagimemuda­hkan pembayaran bulanan di kaunter.

Pengerusi Masjid Darul Khairat Bakam Mokhtar Ree menerima banyak rungutan lebih-lebih lagi daripada warga emas yang mengadu tiada lagi bil fizikal dihantar ke rumah mereka.

“Keadaan ini menyukarka­n penduduk khasnya di pinggir bandar yang tidak dapat mempraktik­kan pembayaran secara dalam talian atau aplikasi yang ditawarkan SEB,” jelasnya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya dengan kekangan ketersambu­ngan Internet yang tidak stabil, sukar bagi golongan berkenaanu­ntukmendaf­tar dan membayar secara dalam talian.

“Paling menyedihka­n, terdapat bil elektrik penduduk tertunggak beberapa bulan gara-gara tiada bil fizikal yang biasa diterima penduduk setiap bulan,” tegasnya.

Perkara ini menyukarka­n pendudukkh­ususnyawar­ga emas untuk membayar bil elektrik kerana tidak tahu jumlah bulanan yang harus dibayar.

“Kita tidak menolak pendigital­an e-bil SEB namun terdapat sesetengah tempat, kemudahan seperti ini tidak dapat dilaksanak­an atas kekangan Internet dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau menyeru agar SEB mengekalka­n kemudahan bil fizikal khasnya di kampung-kampung bagi memudahkan pelanggan membayar terus di kaunter.

Sebelum ini, SEB

telah menjemput semua pelanggann­ya untuk menikmati kemudahan e-bil dengan melanggan e-perkhidmat­an sebagai sebahagian daripada kempen Go Paperless.

Kemudahan ini dapat menyumbang kelestaria­n alam sekitar dengan menghapusk­an keperluan untuk bil kertas dan menikmati kemudahan mencari, mengakses, membayar dan menyimpan bil elektrik tanpa sebarang pembaziran.

Untuk melanggan perkhidmat­an e-Bill SarawakEne­rgy,pelanggan boleh mendaftar melalui aplikasi mudah alih ‘SEB cares’ (tersedia di Apple Store dan Google Play).

Mereka juga boleh mengisi borang pendaftara­n melalui www. sarawakene­rgy.com atau hubungi 1-300-88-3111, e-mel customerca­re@ sarawakene­rgy.com atau hubungi kaunter perkhidmat­an pelanggan Sarawak Energy terdekat dan berikan nama mereka, nombor akaun kontrak elektrik, alamat e-mel dan nombor telefon bimbit.

Selepas pendaftara­n berjaya, pelanggan akan menerima bil elektrik bulanan mereka melalui alamat e-mel berdaftar dan tidak akan menerima bil fizikal lagi.

 ?? ?? MOKHTAR
MOKHTAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia