Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an kitar semula kumpul 80,800 kilogram barangan

-

Sebanyak 80,800 kilogram barangan kitar semula berjaya dikumpul dalam tempoh enam bulan menerusi Pertanding­an Kitar Semula Peringkat Sekolah Zon Sibu dan Sarikei 2023.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, program bermula pada 1 Julai hingga 30 Disember 2023 itu telah disertai 32 sekolah menengah dan rendah membabitka­n 16,671 pelajar.

Menurutnya, daripada jumlah itu 22 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah di bawah bidang kuasa Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Majlis Daerah Sarikei (MDS) dan Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ).

“Saya ingin mengucapka­n tahniah kepada para pelajar dan sekolah dalam usaha mengumpul sejumlah besar barangan kitar semula dalam tempoh enam bulan yang lalu.

“Ini adalah semangat yang ingin kami tanamkan kepada generasi muda untuk mula mengamalka­n aktiviti 3R iaitu mengurang, mengguna semula dan mengitar semula (Reduce, Reuse & Recycle) di sekolah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Penyampaia­n Hadiah Program Pertanding­an Kitar Semula Peringkat Sekolah Zon Sibu dan Sarikei 2023 di Kompleks Islam Sarawak, Sibu semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata, objektif program itu adalah untuk meningkatk­an pengetahua­n pelajar sekolah tentang kepentinga­n kitar semula.

“Ia juga bagi memupuk semangat amalan kitar semula dalam kalangan pelajar dan masyarakat, memasang perubahan tingkah laku positif secara berterusan dalam kalangan pelajar khususnya mengenai kitar semula.

“Dan menyahut seruan kerajaan untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai tentang kepentinga­n kitar semula,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia