Utusan Borneo (Sarawak)

Kontinjen Zon Selatan dahului pungutan pingat SUKSAR III

-

SIBU: Setakat jam 4 petang semalam, kontinjen Zon Selatan berjaya mendahului pungutan pingat Sukan Sarawak (SUKSAR) III untuk hari ketiga dengan mengumpul 41 pingat emas, 24 perak dan 17 gangsa.

Pingat emas Zon Selatan setakat ini disumbangk­an menerusi acara wushu dengan 17 emas, taekwando (11), angkat berat (5), judo (4) dan masing-masing dua menerusi acara berbasikal dan karate.

Ini diikuti kontinjen

Zon Tengah yang berjaya mengumpul 30 pingat emas, 33 perak dan 38 gangsa, masih kurang 10 pingat emas daripada sasaran awal yang telah ditetapkan.

Pingat emas Zon Tengah disumbangk­an menerusi acara wushu (9), angkat berat dan taekwondo (6), berbasikal (4), karate (3), bola tampar dan judo (1).

Zon Utara pula berada di tempat ketiga dengan 25 pingat emas, 35 perak dan 43 gangsa, diikuti Zon Barat yang hanya mendapat lima pingat emas, tujuh perak dan 24 gangsa.

Zon Utara memperoleh­i pingat emas menerusi acara angkat berat (11), karate (7), wushu (3), taekwondo (2), berbasikal dan judo (1).

Masing-masing dua pingat emas untuk Zon Barat disumbangk­an menerusi acara wushu dan angkat berat sementara satu lagi pingat emas menerusi acara taekwondo.

SUKSAR III 2023 yang berlangsun­g sejak Isnin dan berakhir semalam, menyaksika­n 13 acara sukan dipertandi­ngkan di 12 venue pertanding­an di sekitar bandar ini.

Edisi ketiga sukan ini disertai lebih 1,200 atlet membabitka­n empat zon iaitu Zon Utara (Limbang, Miri dan Bintulu), Zon Selatan (Kuching, Samarahan dan Serian), Zon Tengah (Sibu, Kapit dan Mukah) dan Zon Barat (Sarikei, Betong dan Sri Aman).

 ?? ?? TAHNIAH: Majlis penyampaia­n pingat bagi pertanding­an taekwondo yang dimenangi peserta dari Zon Selatan pada Sukan Sarawak III di Stadium Tertutup Sibu semalam.
TAHNIAH: Majlis penyampaia­n pingat bagi pertanding­an taekwondo yang dimenangi peserta dari Zon Selatan pada Sukan Sarawak III di Stadium Tertutup Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia