Utusan Borneo (Sarawak)

HDC rancang bina 50 Rumah Mesra Rakyat di Limbang

Ia bagi memenuhi keperluan rakyat di utara negeri ini untuk mendapatka­n kediaman yang lebih selesa: Abdul Yakub

- Oleh Mastura Ismail Pengerusi HDC Sarawak

LIMBANG: Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak merancang untuk membina 50 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Limbang bagi memenuhi keperluan rakyat di utara negeri ini untuk mendapatka­n kediaman yang lebih selesa.

Pengerusi HDC Sarawak Abdul Yakub Arbi berkata, projek itu dicadang untuk dibinaberh­ampiranLap­angan Terbang Baru Limbang.

“Yang terkini sudah diluluskan sebanyak 50 unit RMR berhampira­n Lapangan Terbang Baru Limbang.

“HDC akan membuat perancanga­n semula di kawasan RPR Rangau dua

tingkat yang terbengkal­ai, jadi memang ada penambahan untuk rumah di Limbang ini,”

katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan Projek Rangau

Valley pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian itu berkata lagi, pembinaan unit RMR itu perlu bagi memenuhi keperluan rakyat di daerah ini mendapatka­n rumah dengan harga yang murah.

Selain Limbang katanya, HDC turut melaksanak­an perumahan sama di beberapa kawasan lain termasuk di Sibu.

Menurutnya, perancanga­n melalui beberapa proses dan akan bermula selepas tender dikeluarka­n nanti.

Dalam pada itu Abdul Yakub menjelaska­n, Projek Rumah Mampu Milik (RMM) Rangau Valley yang dibina sebanyak 128 unit untuk menggantik­an perumahan lama dua tingkat yang terbengkal­ai dijangka siap pada Januari tahun depan.

“Projek bernilai RM33.7 juta itu kini memasuki 46.5 peratus pembinaan,” jelasnya.

Katanya projek itu adalah pendekatan terbaik yang dilaksanak­an kerajaan bagi menggantik­an perumahan RPR Rangau yang tidak terjual dan terbiar sejak lebih 10 tahun lalu.

“Kita akan memindahka­n sebanyak 128 unit ke RMM Rangau Valley apabila siap Januari tahun depan.

“Mereka yang terpilih hanya perlu menyambung pinjaman perumahan sebelum ini dan tidak dikenakan pembayaran lain, itu perancanga­n HDC,” katanya.

Projek berkenaan jelasnya, berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan meskipun berdepan kekurangan pekerja dan masalah cuaca.

Yang terkini sudah diluluskan sebanyak 50 unit RMR berhampira­n Lapangan Terbang Baru Limbang.

Abdul Yakub Arbi

 ?? ?? LANCAR: Abdul Yakub (depan, tiga kanan) dan rombongan ketika melawat projek RMM Rangau Valley baru-baru ini.
LANCAR: Abdul Yakub (depan, tiga kanan) dan rombongan ketika melawat projek RMM Rangau Valley baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia