Utusan Borneo (Sarawak)

Hala tuju industri gula tempatan bergantung kepada bekalan gula global

- — Bernama

Hala tuju industri dan bekalan gula tempatan perlu dilihat bukan hanya pada kadar harga gula di pasaran tempatan, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, faktor lain seperti kestabilan bekalan gula mentah import dan kemampanan rantaian industri pembekalan gula diproses tempatan, juga harus diberi perhatian terutamany­a pada ketika negara bergantung 100 peratus kepada import gula mentah untuk pasaran domestik.

“Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, dunia berhadapan isu harga gula mentah yang semakin melambung tinggi, malah lebih merisaukan ialah risiko kekurangan bekalan gula global,” katanya dalam catatan di Facebookny­a semalam.

Beliau mengulas pertemuan bersama dua pengilang gula tempatan iaitu MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) dan Central Sugars Refinery (CSR), yang diadakan di kementeria­nnya kelmarin.

Armizan turut memetik artikel Business Mirror yang melaporkan pedagang gula terbesar dunia, Alvean yang meramalkan dunia sedang berhadapan dengan tahun keenam berturut-turut defisit bekalan gula.

“Diramalkan pasaran global akan mengalami peningkata­n defisit gula sehingga 5.4 juta metrik tan tahun ini, berbanding defisit 1 juta metrik tan pada tahun lepas.

“Ini berpunca daripada pelbagai faktor termasuk keadaan cuaca yang tidak kondusif untuk penanaman tebu, isu domestik di negara-negara pengeluar utama seperti India dan Thailand, serta konflik geopolitik yang menyebabka­n penguranga­n besar penanaman sugar beet sebagai salah satu sumber bekalan gula selain tebu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia