Utusan Borneo (Sarawak)

UPKK: Kertas Sirah dijadualka­n semula ke 24 Jan

Dua ujian dalam ma��a ��atu hari pada 23 Jan membimbang­kan ibu bapa terhadap kemampuan calon

- — Bernama

PUTRAJAYA: Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) untuk mata pelajaran Sirah yang ditangguhk­an semalam, diputuskan untuk dilaksanak­an pada 24 Januari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Ia susulan keluhan dan aduan yang diterima berikutan kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terdahulu semalam, yang menetapkan penjaduala­n semula kertas Sirah itu pada 23 Januari, katanya.

“Susulan keputusan dan kenyataan JAKIM tersebut, pihak saya telah menerima banyak aduan dan keluhan daripada ibu bapa caloncalon UPKK yang bimbang akan kemampuan anak-anak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

mereka melalui dua ujian dalam masa satu hari pada 23 Januari 2024.

“Atas rasa keprihatin­an dengan keluhan dan aduan tersebut, serta atas dasar turut memahami emosi caloncalon UPKK, saya telah mengarahka­n supaya JAKIM menetapkan ujian bagi mata pelajaran Sirah dibuat pada 24 Januari 2024 (Rabu),” katanya dalam kenyataan semalam.

JAKIM dalam kenyataan terdahulu memaklumka­n penangguha­n kertas Sirah UPKK03/01 ke 23 Januari (Selasa) atas sebab isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Mohd Na’im berkata, beliau telah dimaklumka­n oleh JAKIM berhubung satu laporan yang diterima bahawa terdapat sebuah pusat peperiksaa­n UPKK telah secara tidak sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) pengendali­an kertas peperiksaa­n UPKK.

Berpanduka­n SOP, katanya pihak JAKIM dengan serta-merta telah membuat keputusan segera dan kenyataan media berhubung penangguha­n mata pelajaran UPKK03/01 Sirah yang dijadualka­n semalam dan telah menetapkan penjaduala­n semula ujian bagi mata pelajaran tersebut pada 23 Januari, iaitu bersekali dengan ujian bagi mata pelajaran Lughah al-Quran.

“Semoga dengan keputusan ini dapat meredakan keluh kesah dalam kalangan ibu bapa serta calon-calon UPKK dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap ujian yang sedang berlangsun­g bermula 16 Januari,” kata Mohd Na’im.

Ata�� ra��a keprihatin­an dengan keluhan dan aduan ter��ebut, ��erta ata�� da��ar turut memahami emo��i caloncalon UPKK, ��aya telah mengarahka­n ��upaya JAKIM menetapkan ujian bagi mata pelajaran Sirah dibuat pada 24 Jan 2024 (Rabu).

Datuk Mohd Na’im Mokhtar

 ?? MOHD NA’IM ??
MOHD NA’IM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia