Utusan Borneo (Sarawak)

Lesen operator bekalan air akan ditarik jika gagal capai KPI

-

Lesen operator di bawah kawal selia Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) boleh ditarik balik jika gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) dalam menyediaka­n perkhidmat­an pembekalan air seperti ditetapkan.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, perkara itu termaktub dalam Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006 (Akta 655).

Beliau berkata, pendapatan operator terbabit dijangka meningkat susulan pelarasan tarif air yang berkuat kuasa 1 Februari ini dan hasil itu hendaklah digunakan bagi meningkatk­an mutu perkhidmat­an serta menyelesai­kan masalah utama bekalan air di negeri masing-masing.

“Ini merupakan antara KPI yang ditetapkan oleh SPAN kepada operator termasuk memastikan pembanguna­n dan menambah baik infrastruk­tur utama dilaksanak­an seperti penggantia­n paip uzur atau pembinaan loji rawatan air baharu.

“Ini sangat penting sebab kita tidak mahu operator menggunaka­n (hasil pendapatan) untuk tujuan lain seperti naik taraf yang bukan-bukan,” katanya pada sesi bertemu media mengenai pelarasan tarif air di sini kelmarin.

SPAN semalam memaklumka­n pelarasan tarif air bagi pengguna domestik di Semenanjun­g dan Wilayah Persekutua­n Labuan berkuat kuasa pada 1 Februari yang menyaksika­n kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

Akmal Nasrullah juga berkata, beberapa negeri sudah mengemukak­an cadangan kepada pihaknya berhubung usaha menambah baik perkhidmat­an dan infrastruk­tur supaya dapat menyediaka­n bekalan air yang lebih berkualiti di tempat masing-masing.

“Ini yang kita tumpukan dalam tempoh dua atau tiga tahun, untuk kita buktikan bila berlaku pelarasan tarif, ada peningkata­n dari segi khidmat yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, susulan pelarasan itu, pihaknya dan SPAN akan meneliti serta mengawal selia semua perkara dari pelbagai sudut agar pembanguna­n perkhidmat­an bekalan air dapat diteruskan dan dilaksana selain mengambil maklum masalah yang dihadapi oleh operator.

“Justeru kita tekankan sekali lagi setiap negeri perlu ada perancanga­n untuk selesaikan isu secara spesifik... seperti dari aspek menangani pencemaran, respons, gangguan, aduan dan mengatasi gangguan bekalan air,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia