Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga wanita Malay��ia ter��enarai dalam Forbe�� 50 Over 50: A��ia 2024

- — Bernama

SINGAPURA: Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024 yang menampilka­n 50 wanita di seluruh Asia Pasifik yang membuktika­n bahawa usia selepas 50 adalah era keemasan baharu.

Mereka ialah pengarah eksekutif Sekretaria­t Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria, peguam Ambiga Sreenevasa­n dan pengarah filem dan pengasas Current Pictures Tunku Mona Riza Tunku Khalid.

Menurut Forbes, wanita tersenarai berasal dari 14 negara dan wilayah membabitka­n puluhan sektor pekerjaan.

Pengaruh mereka merangkumi fesyen, farmasi, kewangan dan sebagainya.

Sta Maria, 65, yang dilantik sebagai pengarah eksekutif Sekretaria­t APEC pada 2019 menjadi wanita pertama yang mengetuai badan penasihat ekonomi antara kerajaan dengan 21 anggota itu.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua setiausaha, setiausaha agung dan perunding perdaganga­n utama untuk Kementeria­n Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri.

Sebelum ini, beliau juga pernah mewakili rantau ini di Forum Ekonomi Dunia dan menjadi pengarah bukan eksekutif sebuah bank.

Sementara itu, Sreenevasa­n,

67, peguam terkemuka Malaysia dan peguam bela hak asasi manusia pernah menerima Pingat Ruth Bader Ginsburg dan Anugerah Gandhi Memorial Trust Public Service.

Beliau yang berkelulus­an ijazah undang-undang dari Universiti Exeter, United Kingdom, kini berkhidmat sebagai Presiden Pure Life Society, sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan golongan kurang berkemampu­an.

Tunku Mona Riza, 57, pula pernah memenangi anugerah Most Promising Director di Festival Filem Malaysia 2017 menerusi karyanya “Redha”.

Diilhamkan daripada kisah benar, filem itu menggambar­kan cabaran membesarka­n kanak-kanak autisme dan tercalon untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89.

Filem yang dterbitkan pada tahun lalu “Rain Town” ialah filem berbahasa Cina pertama Malaysia yang diarahkan oleh pengarah wanita Melayu.

Turut tersenarai antaranya aktivis alam sekitar India berusia 112 tahun, Saalumarad­a Thimmakka yang sinonim dengan gelaran “mother of trees” dan pelakon Indonesia Christine Hakim.

Senarai penuh boleh didapati di Forbes.com dan menerusi edisi Februari/Mac Forbes Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia